Photobucket

Thursday, October 27, 2011

KEM MOTIVASI (Johor VS Perlis)



Bismillahhirrahmanirahim...dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya dapat lagi kita bernafas di atas muka bumi ini dan menjalani ibadah dengan baik yang merupakan suruhanNya...inilah nikmat dalam sebuah kehidupan apabila kita mensyukuri nikmatNya dan menjalani hidup dengan sabar... apa pun yang terjadi atau apa pun yang kita hadapi, bersangka baiklah dengan ALLAH s.w.t...sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah.. perancangan Allah jugalah dengan izinNya saya tergerak hati untuk menyertai dua kem motivasi yang dianjurkan oleh sahabat-sahabat saya daripada Fakulti Pendidikan Islam (FPEND), UKM, tahun 3... program pertama ialah di Johor pada 21 & 22 oktober...dan satu program lagi di Perlis pada 28-30 oktober...banyak pengalaman berharga yang saya perolehi sepanjang program di Johor..program di Perlis tak boleh nak komen lagi sebab baru nak bertolak ke sana... "Jauh perjalanan, luas pemandangan"... semoga Allah memberkati program yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam ini, insyaAllah...semoga urusan kami dipermudahkan oleh Allah s.w.t, insyaAllah...=)

secebis kenangan di JOHOR DARUL TAKZIM





Alhamdulillah, program di perlis pun best...banyak pengisian yang berguna dan dapat ilmu baru... dpt adik2 yg best dan boleh ckp "utaqa"...

secebis kenangan di PERLIS



Sunday, October 23, 2011

JOM kita Memahami dan Menghayati BACAAN SOLAT

















Bagaimanakah kita solat dan siapakah kita ketika solat?


(solat 2...bersambung)

Cintaku Hanya Untuk Si "dia"

Bismillahhirrahmanirrahim... segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum kepada semua pelawat blog Raudatul Mahabbah. Semoga semuanya sihat dan dapat menjalankan ibadah dengan baik. Mesti ada yang nak tahu kan bila membaca tajuk di atas (Cintaku Hanya Untuk Si "dia"). Sebenarnya hanya gimik ja..hehehe...erm, hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang satu perkara yang kita selalu pandang ringan dan abaikan serta menyebabkan kita lalai untuk melakukannya. Tentang solat. Ini sekadar perkongsian ilmu yang saya dapat dalam Bengkel Amali Solat yang disampaikan oleh USTAZ KASNAN HASAN, pensyarah Pusat Pengajian Umum (PPU) UKM dan merupakan penulis buku Mari Memahami dan Menghayati BACAAN SOLAT ataupun  RAHSIA KUSYUK, kemanisan bersolat, solat berkualiti. Kita selalu dengar SOLAT itu TIANG AGAMA kan? Tapi kalau tiang kita rapuh macam mana kita nak bina rumah. Begitu juga dengan agama Islam. Jangan kita hanya tahu mempersoalkan perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa sahaja tetapi tanya diri kita adakah solat kita sekadar ikut-ikutan atau untuk belajar kerana jika solat hanya sekadar ikut-ikutan maka ia hanya sia-sia sahaja. Kita kena ingat SOLAT adalah perkara pertama yang dihisab di akhirat nanti. Saya tertarik dengan kata-kata ni ‎"kekuatan AGAMA dalam diri akan mendorong insan mengamalkan SYARIAT". Kekuatan agama itu ialah 
pemahaman dan penghayatan kita ketika melakukan ibadah solat. Justeru itu, saya ingin kongsikan ilmu yang saya dapat dengan sahabat-sahabat sekalian. Jika saya salah, sila perbetulkan ya..(^_^)




1. Manusia dan solat
- Dijadikan Allah untuk menjadi hambaNya
- Menunaikan segala yang disuruh
- Meninggalkan segala yang dilarang
- Akan dihisab dan menerima ganjaran baik/balasan azab

2. Asas Pengabdian
- Pengabdian adalah bentuk amali
- Pengetahuan tidak memadai tetapi memerlukan praktikal
- Kekuatan AGAMA dalam diri akan mendorong insan mengamalkan syariat
- Setiap insan wajib membina AGAMA dalam diri

3. Asas Agama
- Allah Maha Adil lagi Penyayang
- Syariatkan ibadah/ rukun Islam sebagai tiang binaan agama
- KEWAJIPAN setiap orang
- Tonggak (puasa, zakat, haji) adalah solat

4. Solat yang bagaimana?
- Sempurna zahir dan batin
- Perbuatan; syarat; wudhuk
- Bacaan: tajwid dan sifat huruf
- Batin: HATI dan FIKIRAN

5. Kesempurnaan batin dalam solat
- Kehadiran hati
- Memahami makna
- Rasa gerun dan takut
- Harap
- Ta'zim
- Malu

6. Kesempurnaan batin bergantung kepada MEMAHAMI MAKNA bacaan
- Solat adalah munajat
- Permintaan dan permohonan
- Ikrar
- Pujian dan ta'zim

p/s: sesiapa yang nak beli buku di atas boleh bagi tahu saya

(Solat 1....bersambung)

Monday, October 17, 2011

UJIAN ITU, KASIH SAYANG ALLAH




KENAPA AKU DIUJI ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
dan segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Sang Pemilik Semesta Alam. Nah, cukup jelaslah bahwa Allah-lah yang memberi kita cobaan permasalahan, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawabannya! Hanya Allah sandaran manusia...

Sunday, October 2, 2011

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS



1. KETIKA MENCARI CALON


Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.



2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.