Photobucket

Sunday, June 19, 2011

Kem Pengurusan Organisasi (KPO) anjuran PMUKM


Mewakili Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah (PKMK UKM) sebagai NYDP 1












PEJUANG ISLAM - Sultan Muhammad Al-Fateh



HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE 

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam telah berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah. 
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw. 
Akhirnya,dadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut. 

PENGENALAN 
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. 
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun. 

PENDIDIKAN 
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. 
Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh. 

KEPERIBADIAN 
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. 

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE 
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.

Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. 
Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam. 

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE 
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh. 
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka. Bantuan Dari Pope Vatican Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah.Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah.

Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt. 
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda.

Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya,“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”. Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. 

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fateh” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA 
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”.Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi,“Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.

MY COLLECTION


Thursday, June 16, 2011

KHASIAT APRIKOT

vitamin b17 boleh di dapati dari biji apricot...




Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh....masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot...



Aprikot pulihkan badan selepas berhenti merokok

Aprikot sejenis buah yang berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic. Ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah. 3 biji buah aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 % daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta-carotene seperti aprikot menghindarkan penyakit barah, terutamanya di bahagian tenggorok, paru-paru dan pankreas.Buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.

Selain daripada itu, aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah itu mengandungi boron, yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen. Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.
Biji yang penuh dengan KEAJAIBAN pada abad ke 21
JUGA BERTINDAK
Menyelamat/ membaikpulih fungsi hati
•Membersihkan saluran darah
• Merawat penyakit diabetes
• Menurunkan tekanan darah tinggi
• Memperbaiki fungsi buah pinggang
• Mengurangkan kesakitan sendi tulang
• Memudahkan penurunan berat badan
• Baik untuk pembersihan usus
• Mengawal masaalah serawan (ruang putih di dlm mulut)
• Pemangkin kepada kesihatan mental

Tip CancerAmalkan memakan makanan yang mengandungi B17 di bawah ini.

a. Broccoli, asparagus, beets,(tumbubuhan yang akarnya manis), Kobis,Lobak merah,Bunga kobis,celery, timun , lemon hijau dan kuning,

b. Kacang hijau, kacang merah, dan kacang buncis, lada hitam ( yang muda) Bayam, spinach, biji sawi, collards, asparagus, salad, kacang bendi, daun parsley, kobis, segala jenis lobak, sayaur yang ada getah putih dan berdaun besar,sengkuang cina, daun gandum muda, barley grass, Ubi sengkuang, tauge, bawang putih dan bawang merah.
Sel Cancer akan merebak dengan cepat jika tubuh berasid 6.6 ph hingga 5.5 ph 
1.Faktor tubuh berasid

1· Pemakanan jika diambil berlebihan dalam jangka waktu yang lama

a· Jenis makanan tinggi protein terutamanya protein haiwan contohnya daging lembu dan ayam. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang.
b· Minuman bergas dan jus buah-buahan terutamanya yang telah diproses dan mengandungi bahan pengawet dan juga pewarna.
c· Makanan yang telah diperap seperti jeruk, ikan kering dan juga makanan ringan yang terlalu tinggi kandungan MSGnya.

2. Faktor emosi, mental dan spirit yang negatif. Kajian menunjukkan cara berfikir, sikap dan emosi yang negatif akan meningkatkan tahap keasidan dalam darah.
Vitamin B17 dari Biji Apricot Biji apricot mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia. 

Dengan sering mengamalkannya dapat membantu anda mengawal beberapa jenis penyakit kronik yang merbahaya.

Apricot di percayai mempunyai khasiat seperti berikut

anti penuaan, ketahanan badan ,meningkat sistem imuniti , kardiovaskular dan masalah peredaran darah , kencing manis , sawan, keletihan kronik , Detoksifikasi hatipenyakit autoimmune/SLE , asma/alahan , radang paru-paru , Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar.
Untuk kewanitaan ;
Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis. ( 8-15 biji setiap pagi dan petang sahaja .

Cara makan untuk penggunaa biasa : Di kunyah 65 kali kunyahan sehingga sebati dengan air liur. Sewaktu kunyah pastikan air liur keluar dengan banyak. Ini akan membantu menuteralkan bahan aktif yang ada dalam kandungan Biji apricot tersebut.

PASTIKAN ANDA MENDAPATKAN BIJI APRIKOT SEBAGAI ALTERNATIF RAWATAN KANSER

POHON SEMALU





Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a., Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah r.a terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengaduh kesakitan..

Fatimah mengatakan kepada bapanya, apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah,. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu, bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah r.a terkejut.

Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi., Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

1.  Pohon semalu akan kuncup apabila di sentuh. Ini boleh di ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu ( pada tempatnya).
2.  Pohon Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu wanita perlu tahu mempertahankan dirinya 
     dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
3.  Pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah     
     mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.
4. Yang terakhir, Pohon Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke 
     rumahmu apabila waktu semakin senja .

Ambillah pengajaran dari Pohon Semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...

Friday, June 10, 2011

TEGURAN SEBAGAI NASIHAT



Anis, kenapa kau pakai tudung labuh. Kau sepatutnya ambil kos kat fakulti pengajian Islam (FPI), bukannya ambil kos di fakulti sains sosial dan kemanusian (FSSK). Anis tersentak. Aik, salah ke kalau dia berpakaian seperti muslimah walaupun bukan FPI?? Adakah semua orang memandangnya dengan satu kepelikan. Bagi Anis, biarlah di mana pun kita berada, apa yang kita lakukan, kita mestilah menjadi diri sendiri dan menutup aurat seperti yang di tuntut Islam.
*********************************************************

Anis, kenapa kau pakai sarung kaki? Orang lain ada yang tak pakai pun. Baiknya pakai sarung kaki. Astagfirullahhal’azim. Adakah sahabat-sahabatnya tidak mengambil  tahu akan cara menutup aurat? Dengan senyuman Anis memberitahu bahawa semua perempuan yang beragama Islam perlulah menutup aurat semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Sahabatnya berkata, habis tu, kami semua nak kena pakai sarung kaki ke?? Kalau tak pakai tak apakan? Anis menjelaskan bahawa hukum memakai sarung kaki adalah wajib. Sahabatnya menjawab, tengoklah kalau rajin aku pakai la. Anis tersentak. Dia berdoa semoga sahabatnya diberi petunjuk agar menjadi muslimah yang menutup aurat bukannya memakai pakaian ketat.
*********************************************************

Anis, kau memang tak mekap ke?? Cuba kau mekap cikit dan pakai lipstick. Muka kau dah comel, tapi kalau mekap lagi comel. Anis beristighfar panjang. Perlukah bermekap tebal dan berlipstik berwarna-warni hanya untuk mendapat pujian?? Dan hanya untuk menarik perhatian lelaki semata-mata. Apa gunanya kalau bermekap tebal-tebal sehingga solat pun di tinggalkan. Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah yang mencipta wajah kita. Mekaplah muka kita dengan sentiasa mengambil wuduk, lipstiklah mulut kita dengan zikrullah.
*********************************************************

Anis, kenapa kau tak couple?? Orang lain walaupun pakai tudung labuh tapi ada juga pakwe. Kenapa kau tak cari je pakwe yang alim-alim. Sesuai la dengan kau. Bagi Anis prinsipnya  tidak akan couple. Dalam Islam pun tiada yang dinamakan couple Islamik. Konsep yang dianjurkan oleh Islam ialah mengenal hati budi seseorang yang ingin dijadikan suami atau isteri melalui orang tengah. Atau risiklah seseorang itu sekadarnya, dan jadikan tempoh pertunangan itu untuk mengenali hati budi pasangan. Tetapi pertunangan bukanlah lesen untuk menghalalkan sesuatu yang haram. Bagi Anis biarlah suatu hari nanti jika ada seseorang yang ingin melamarnya, biarlah berjumpa dengan kedua  ibu bapanya. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan ibu bapa. Bercintalah sampai syurga apabila anda sudah sah bergelar suami isteri.
*********************************************************

Anis, kau tak panas ke pakai baju tebal dan labuh. Kami ni panas sampai nak buka baju. Sekali lagi Anis beristighfar panjang. Dia tetap senyum dan berkata dah biasa memakai begini dan rasa selesa dan tak panas. Biarlah kita memakai pakaian yang tebal dan merasai panas dunia daripada berpakaian nipis dan seksi tapi merasai panas api neraka di akhirat nanti. Memang mudah untuk memberi nasihat kepada orang lain, tetapi bukan mudah untuk mereka berubah dengan nasihat yang diberikan.
*********************************************************

Anis, kau pun ada facebook ke?? Ingatkan orang macam kau tak ada facebook. Aik, salah ke ada facebook?? Sebenarnya ada facebook tak salah tapi yang salah ialah cara penggunaannya. Kenapa kita tak jadikan faccebook sebagai medan dakwah. Bukannya menjadikan facebook sebagai tempat untuk bergaduh, mencela, mempamerkan gambar yang over, menjatuhkan orang lain dan sebagainya yang negatif. Gunakanlah facebook ke arah positif. Berbetulkan niat kita untuk berdakwah dan berjihad di jalan Allah.
*********************************************************

Wednesday, June 1, 2011

BALIK KAMPUNG..(^_^)

Assalamualaikum....
  Alhamdulillah berjaya jugak tukar background blog...penat pun da..hu3..nak seribu daya x nak seribu dalih... terus update blog..tup, tup dah pukul 2.06 pagi...lagi 10 jam nak naik bas balik kedah dengan aisyah, syazwani dan farhani...teringatnya kat mak, abah, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik..serta saudara mara dan sahabat taulan....tapi balik kali ni ada debaran yang menanti..kenapa erk??? jeng, jeng, jeng...


Apa pun semoga Allah memudahkan perjalanku dan urusanku...rasa masa bergerak dengan pantas.. nanti balik seminggu..lepas tu datang ukm semula..ada sesuatu yang masih perlu diselesaikan di sini... aku mengharapkan redha Allah dan redha ibu bapa ku sentiasa bersamaku...doakan yang terbaik untuk anakmu ini... andai ajal menjemput anakmu ini, maafkanlah segala kesalahanku, halalkan makan dan minumku serta doakan kesejahteraan aku di sana...sesungguhnya mati itu pasti..tapi kuberharap semoga Allah memberiku peluang untuk berbakti kepada Agama, Ibu bapa dan masyarakat di luar sana...lillahhitaala... (^_^)


2.06 A.M (01062011)