Photobucket

Thursday, April 26, 2012

Mengatasi Masalah Anak-Anak



Penulis, Ibnuumar Asseluluni, menggariskan dua kaedah untuk mengubati anak-anak yang bermasalah, dan yang penting langkah pencegahan oleh ibu bapa itu sendiri ketika mengadakan hubungan kelamin, untuk memastikan syaitan tidak mengganggu anak yang bakal dilahirkan, iaitu dengan berdoa.
http://www.darussyifa.org/
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.
Oleh: Ibnuumar Asseluluni
Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.
Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.
Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;
Kaedah Pertama:
Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5),  Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.
Kaedah Kedua:
Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minummandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;
1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineraluntuk mengambil wuduk.
3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku,  menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya

Thursday, April 19, 2012

Kasih Mak Abah


::Ya Allah, dalam setiap peluh keringat emak dan abah yang mengalir mencari nafkah dan bersusah menjagaku, membesarkan ku, gantilah ia dengan titisan rahmat dan kasih sayangMU yang tak bertepi..Ya Allah, dalam setiap air matanya yang mengalir kerana kepayahan membesarkan ku, gantilah ia dengan ketenangan sungai dari syurgaMU.. Ya Allah, dalam setiap lenanya yang tidak nyenyak kerana memikirkan aku, gantilah ia dengan kerehatan yang aman di saat bertemu MU..

Ya Allah, jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah..kami tidak mampu membalas jasa yang begitu banyak, tak kan mungkin terbalas.. cuma sebagai ganti, kami ingin jadi anak yang soleh dan solehah, yang menyenangkan dan mengembirakan keduanya.. Ampunilah dosa orang tua kami.. kasihilah keduanya seperti mana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil.. Allahu Robbi.. Amiin Amiin ya robbal 'alamin::

Monday, April 16, 2012

Suamiku, sayangi dan romantiklah dengan isterimu.

Betul ke orang berkata suami kurang romantis berbanding dengan isteri? Apa erti romantik? Romantik ialah suatu perasaan yg dapat dibuktikan dengan kata2 dan perlakuan apabila dia sanggup berusaha mengenalpasti keperluan pasangan dan memenuhi keperluan itu dengan mengorbankan kepentingan diri terutamanya keperluan emosi dan perasaan orang yang disayangi (isteri atau suami).

Mengikut kajian, kebiasaannya suami keturunan Melayu sukar menggambarkan sifat romantik secara terus terang spt mengungkapkan kata, “aku cinta padamu” kepada isterinya atau perlakuan seperti membuka pintu untuk isteri, bantu menolakkan kerusi apabila isteri hendak duduk lebih dipersepsi sebagai adab sopan masyarakat barat. Oleh itu bila suami berbuat demikian, dia dianggap sebagai romantik dan penyayang. Anehnya perlakuan demikian ada dilakukan ketika zaman percintaan, tetapi mulai hilang selepas berkahwin dengan alasan malu dilihat orang, sudah tua dan pelbagai alasan lain sebagai ‘tidak perlu’. Perlakuan romantik amat berguna dalam mengharmonikan sebuah perkahwinan bukan mengikut musim atau peringkat tertentu sahaja. Ia sepatutnya berterusan hingga ke hujung nyawa.

Panduan Menjadi suami romantik:

1)Nyatakan cinta kepada isteri dengan perkataan sama ada secara berhadapan atau melalui sms kerana isteri akan merasa dihargai dan dicintai.

2)Cintai diri sendiri yang kemudiannya akan dapat mencintai orang lain sebaiknya. Orang yang mencintai dirinya akan melakukan perkara yg terbaik untuk dirinya, menjaga dirinya dengan sempurna dan akan mempunyai ketrampilan yang positif, tenang dan bahagia justeru sanggup berkorban apa sahaja untuk isterinya selagi tidan bercanggah dengan syarak.

3)Memperbanyakkan masa bersama, makan berdua, berbual, bergurau senda, berpegangan tangan dan “jangan pedulikan” apa orang lain nak kata selagi anda tahu ia tidak salah di sisi agama.

4)Buktikan romantik anda melalui sentuhan. Apabila duduk berdekatan suami memegang tangan isteri dengan lembut, jika mahukan sesuatu pergi dekat dengan isteri atau beri isyarat tanpa meninggikan suara. Biasakan bersalaman/berciuman jika hendak berpisah untuk urusan kerja atau lain-lain.

5)Jangan lupa hari-hari istimewa spt ulangtahun perkahwinan dsbnya.

6)Tidak kedekut menghulurkan buah tangan atau hadiah.

7)Pandai memujuk yang paling penting.

Wallahu a’lam
“Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku Adalah Untuk Allah Tuhan Semesta Alam”

*¨¨*•♪ღ♪*•.¸ ¸¸.•*¨¨*•♪ღ♪*•*¨☮¨*☮•♪
─▄████▄████▄
██▒▒▒▒█▒▒▒▒██(¯`•´¯)
▀██▒▒▒▒▒▒▒██▀.*•❀•*
─▀██▒▒▒▒▒██▀.•..(¯`•´¯)
───▀██▒██▀(¯`•´¯)*•❀•*
─────▀█▀...•..*•

(¯`v´¯) MuHaSaBaH dIrI =) =) =)
`•.¸.•´`•.¸•*¨¨*•.¸¸❤ CINTA ALLAH CINTA ABADI..