Sunday, August 21, 2011

10 MALAM TERAKHIR (RAMADHAN)



Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil. Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.
Qiyamullail
Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.
Solat adalah merupakan bekal. Bila dilakukan di keheningan malam, maka ia semakin memperkaya bekal. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaithan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah. Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani dan bekal bagi ruh serta hati.
Setiap kita pernah melakukan dosa dan tidak sempurna dalam melakukan kewajipan. Kerananya sangat tepat bila kita mengetuk pintu Allah pada waktu sahur untuk meminta keampunan dan rahmatnya. Sebab waktu itu adalah merupakan saat terkabulnya doa. Doa pada waktu malam yang paling menyenangkan dan paling afdal; di tengah malam yang hening seorang hamba merendahkan diri untuk meminta kepada Tuhannya, agar memperkenan permintaannya.
Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang bertanya telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]
Doa pada waktu sujud itu amat penting, kerana waktu sujud adalah detik seseorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu, sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu. Dari Abu Hurairah ra., bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo'a (waktu sujud.) [HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa'i]
Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampun-Ku, akan Aku ampuni. [HR Bukhari dan Muslim]
Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu? Andai kata diumumkan kepada manusia: sesiapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat harta, daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut.
Rumah yang selalu dihidupkan dengan qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.
Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:
  • Keikhlasan niat,
  • Memperkuat tekad,
  • Memperbaharui taubat,
  • Menghindari maksiat pada siang harinya,
  • Segera tidur,
  • Melakukan tidur siang hari, dan
  • Memohon bantuan dari Allah SWT.
Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.
Ubadah bin al-Samit berkata bahawa pada suatu malam ar-Rasul saw. keluar untuk memberitahu kami mengenai malam Qadr. Tiba-tiba dua orang Islam sedang bertelagah. Lalu baginda bersabda, maksudnya:
Saya keluar untuk memberitahu kamu mengenai qiyamullail. Tiba-tiba sipolan dan sipolan telah bertelagah, lalu diangkat malam itu. Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu. Oleh itu carilah ia pada malam ke sembilan, ketujuh ataupun kelima.
Sebenarnya lailatul Qadr bukanlah diangkat disebabkan pertelagahan itu, tetapi yang diangkat itu ialah mengetahui dengan tepat, bila berlakunya malam Qadr. Ini dibuktikan melalui sabda baginda: Carilah ia.
Diikuti selepas itu dengan suatu peringatan bahawa pengangkatan ketentuan malam berkenaan itu adalah lebih baik melalui sabdanya: "Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu."
Ungkapan ini menjelaskan bahawa tidak memberi ketetapan malam tersebut adalah galakan untuk menghidupkan seluruh malam pada bulan itu ataupun sepuluh malam yang terakhir.
Malam... tanda-tanda dan waktunyaAllah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.
Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.
Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.
Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:
اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني
"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."
Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.
Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.

[Daripada tulisan Abu Salman Said]

Friday, August 19, 2011

KHAS UNTUK BAKAL "IMAMKU"..sape erk?? (^_^)

untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, ganas, kasar, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Insya Allah. Amin Amin

P/S : Dekatkan hati kami dengan orang yang dekat denganMu ya Allah.

Thursday, August 18, 2011

Kita Budak AGAMA..xkan terlepas title tu walau dimana kita berada..:)

Mereka kata...Kita ni pelajar  Sekolah Agama Tapi Kita...Semakin malu mengaku hakikat itu 
Mereka kata...Kita ni mejaga solat Tapi Kita...Kalau boleh nak buat masa paling hujung waktu
Mereka kata...Kita ni boleh menjadi imam Tapi Kita... Bagi alasan " Eh ada orang yang lagi layak"
Mereka kata...Kita ni tak kan mengumpat Tapi Kita...Pantang ada geng. Pasti bergosip
Mereka kata...Kita ni calon suami yang soleh Tapi Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita?
Mereka kata...Kita ni calon isteri yang solehah Tapi Kita...Layak ke gelaran solehah tu untuk kita?
Mereka kata...Kita ni mathurat dijadikan amalan harian Tapi Kita...Mathurat tu ape ek?
Mereka kata...Kita ni mengamalkan sunnah Tapi Kita... Pekara yang wajib pun entah ke mana
Mereka kata...Kita ni menutup aurat Tapi Kita...Mempersembahkan aurat menjadi kebanggan 
Mereka kata...Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan Tapi Kita...Last buat pun time kat SMA dulu 
Mereka kata... Kita ni kuat bersedekah Tapi Kita...Baik simpan buat belanja kekasih
Mereka kata... Kita ni menjaga batasan pergaulan Tapi Kita...Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan 
Mereka kata...Kita ni banyak menghafaz Al Quran Tapi Kita...As Sajdah masa exam PQS dulu pun entah ke mana 
Mereka kata...Kita ni sedap mata memandang Tapi Kita...Muka pun dah hilang nur dek kerana jarang berwudu’ 
Mereka kata...Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman Tapi Kita...Agak2 berapa kali seminggu kita baca?ke setahun skali sahaja?
Mereka kata...Kita ni penuh ilmu agama di dada Tapi Kita...Sekarang kita bukan belajar agama dah. Tak perlu belajar agama!!!!

 Di atas ni sedikit fenomena biasa dalam kalangan produk pelajar sekola agama. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Sekolah yang dikatakan Agama yang SMA maka sejajar dengan itu segala tarbiyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Tapi ada kalangan kita yang mencemarkan agama. Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa malahan bekas pelajar King Edward dan Methodist pun lebih menghayati agama dari kta yang bertitle “Budak sekolah agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi ingatlah teman sekalian. sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih beragama islam. 

Tidak berdesing kah telinga kita mendengar “Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini” atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap “I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk..”Nah.. tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita tu. 

Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMA. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi dengan lumpur noda ini. 

Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikata. Bukan juga niat untuk menyatakan SEMUA produk SMA itu tidak bagus. Mungkin perkara di atas hanyalah semata kes yang anamoli. Tapi mungkin juga ianya telah ataupun akan menjadi kes yang major. Sekadar peringatan untuk diri ini dan rakan2 lain yang sudi untuk diperingatkan.

Bukan mengatakan untuk kita menjadi alim seperti ulama’ hebat, Bukan ingin mengatakan kita  taat seperti malaikat. Tapi cukup lah menjadi umat sebenar-benar umat. Ingat kata2 ini “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua” dan jangan sampai “MEREKA KATA kita adalah harapan agama TAPI KITA sebenarnya adalah sampah agama”

Salam Ramadhan Kareem.. Semoga madrasah Ramadhan ini akan mengembalikan zaman kegemilangan tarbiyah diri kita yang pernah muncul di susana SMA satu ketika dahulu..

Wednesday, August 3, 2011

1 & 2 RAMADHAN

Bismillahhirrahmannirrahim.. dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... 
First day posa bersahur kat rumah akak.
walaupun tak dapat bersahur bersama family tapi bersahur bersama kak, abg ipar dan dua orang anak saudara sudah mengubat kerinduanku keada keluarga di kampung

lepas tu akak hantar ke ukm
siap-siap nak pergi kerja
alamak, baru teringat hari ini first day kerja kat tempat baru
kawan-kawan dah pergi
so, pergi dengan mimi je la
tapi, sesat la pulak
pusing-pusing pun sesat
telefon kawan la tanya jalan
walupun tak berapa yakin dengan jalan yang dilalui tapi tawakal je la
InsayaAllah semoga sampai dengan selamat

alhamdulillah dah sampai tempat kerja
eh, lupa pulak nak tanya kerja kat kedai mana ya...
xpe, ni first day posa dan first day kerja
insyaAllah moga dipermudahkan oleh Allah
alhamdulillah tempat kerja baru best la jugak
ada kawan-kawan ukm
sebelum ni tempat kerja lama tak ada kawan ukm
rasa bersyukur kerja kat tempat baru..
alhamduliillah

tup tup, kat tempat kerja pasang lagu raya pulak
aik, baru posa sehari dah pasang lagu raya
 rasa cam dah raya bila dengar takbir raya
biar betul....
alamatnya sebulan aku posa, sebulan la aku dengar lagu raya yang sama setiap hari
pasang la zikir ke, nasyid ke, ayat al-Quran ke
erm, sabo je la... 

****************************************************

hari ini siap-siap nak pergi kerja awal
baik pergi dengan kawan-kawan
takut sesat lagi..he3
tapi lebih baik sesat jalan
sekurang-kurangnya dapat juga pengalaman baru

setiap hari dapat pengalaman baru
semoga Allah permudahkan urusanku
dan memberi kesabaran kepadaku untuk menjalani ibadah puasa
serta menunaikan tanggungjawab sebagai hambaMu ya Allah..

PENGALAMAN & REALITI KEHIDUPAN

alhamdulillah, cuti sem ni aku manfaatkan dengan bekerja
walaupun kadang-kadang rasa penat
tapi, pengalaman yang ku perolehi membuatkan aku menjadi penilai sebuah kehidupan realiti
yang tak semua orang mengerti
ia hanya dapat difahami jika kita melihat dengan pandangan hati

aku melihat perempuan bisu yang sedang mendukung anaknya sambil membimbang anaknya yang seorang lagi
dia duduk di kerusi sambil memandang aku
aku melihat sinar matanya yang memerlukan pertolongan
aku bertanya adakah dia memerlukan pertolongan
dia menunjukkan telefon kepadaku
terpapar "abang sayang" di skrin
rupanya dia meminta tolong untuk menghubungi suaminya dan memberitahu lokasi dia berada
selepas beberapa minit berlaku, suaminya datang
saat itu, aku terkaku dan hampir menitis air mataku
melihat si suami yang mengambil barang dan anak daripada tangan isteri
serta membimbing isteri
suaminya mengucapkan terima kasih dan meminta maaf andai isterinya menyusahkan aku untuk menghubunginya
aku tersenyum, dan kudoakan semoga mereka selalu bahagia
baru ku mengerti bahawa setiap orang itu tidak sempurna
ada kelebihan dan kelemahan masing-masing
maka, terimalah setiap kekurangan dan kelebihan orang lain sebelum orang lain menerima kekurangan dan kelebihan diri kita
*******************************************************************


kadang-kadang apabila kita memerhati gelagat manusia, kita boleh baca serba sedikit perangai orang lain walaupun kita tak mengenalinya
aku melihat manusia yang berpendidikan
yang mementingkan pendidikan dan kerjaya daripada benda lain
tetapi taraf pendidikan yang bagaimanakah yang menjadi keutamaan sehingga anak sendiri dilihat sebagai anak yang tidak mendapat pendidikan
secara zahirnya, orang yang bersekolah dilihat sebagai orang yang terpelajar
tetapi dari segi akhlaknya hancur
ada ibu bapa yang membiarkan anaknya berpakaian seksi
ada anak-anak yang belajar di sekolah agama adalah dengan paksaan ibu bapa semata-mata dan ilmu yang dipelajarinya tidak dipraktikan
aku mula terfikir, bagaimanakah anak-anak kita pada masa hadapan
dengan dunia yang serba moden hari ini rasa mencabar untuk membesarkan anak-anak
banyak anasir-anasir negetif yang mungkin perlu kita atasi
jadi, kita perlulah mendidik diri kita terlebih dahulu
kita perlulah lengkapkan diri dengan ilmu agama dan lain-lain dengan secukupnya
brulah dapat mendidik generasi akan datang menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat, insyaAllah...


Tuesday, August 2, 2011

HATI YANG LARA

suatu pagi, telefon berdering
aku mendapat panggilan daripada seorang sahabat baik
yang telah ku anggap seperti adik sendiri
aku gembira mendapat panggilan tersebut
tetapi, tangisannya di telefon membuatkan aku tersentak

hatiku menjadi sedih mendengar ceritanya
cerita yang sukar ku jangkakan
aku hanya mampu mengucapkan kalimah Allah
memberi kata-kata semangat dan nasihat
mungkin Allah ingin mengujimu adikku

aku sangkakan selama ini kau bahagia
tapi, tak ku sangka ia adalah sandiwara kalian berdua
kerana hakikat kehidupan tak semuanya indah
ada kepahitan dan kemanisan
kudoakan agar dirimu sentiasa tabah dan sabar adikku

mintalah petunjuk daripada Allah
berdoalah semoga Allah memberikan jalan yang terbaik buat kalian
sesungguhnya, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya
terimalah dengan hati yang redha dan sabar
insyaallah, sinar kebahagian akan kau kecapi jua