Photobucket

Wednesday, June 13, 2012

::SAAT LAFAZ SAKINAH::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu...dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, saat itu tiba jua... 02.06.2012 adalah saat aku diijabkabulkan bersama dengan sorang insan yang kini bergelar suamiku... rasa sebak di dada apabila mengenangkan bahawa itulah saat terakhir abah dan ibuku bertanggungjawab ke atasku...aku tahu betapa sukarnya ibu bapa untuk melepaskan anaknya kepada orang lain... tetapi setiap ibu bapa mesti merelakan jua demi kebahagian anak-anaknya... aku sangat menyayangi mak dan abah...terima kasih atas segalanya...

**********************************************************

detik-detik perkenalan kita hanya melalui orang tengah sahaja...kita tidak mengenali diri masing-masing dan semuanya hanya berserah kepada Allah... kita hanya mengenali serba sedikit hanya melalui orang tengah yang merupakan adikmu... selebihnya, aku berserah kepada Allah dan bergantung kepada keputusan kedua orang tuaku kerana bagiku redha Allah itu terletak pada redha kedua ibu bapa kita... andai Allah mencatatkan kau diciptakan untukku, maka aku terima kau seadanya dengan hati yang ikhlas walau tidak pernah mengenalimu dan melihatmu secara berdepan... keluarga kita hanya melihat hanya melalui sekeping gambar...akhirnya keluarga kita membuat keputusan untuk menetapkan tarikh pertunangan kita...

**********************************************************

debaran terasa ketika hari pertunangan kita... itulah pertama kali kita bertemu... jantungku berdegup pantas... adakah ini bakal suamiku??? insyaAllah aku terima dia seadanya andai dia adalah yang terbaik untukku...

**********************************************************

selama kita bertunang, alhamdulillah kita menjaga batas-batas pertunangan sebagai bukan muhrim... kita tidak pernah bercakap di telefon dan hanya menghantar mesej apabila perlu sahaja... aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana selama kita bertunang kita tidak pernah keluar 'dating' seperti orang lain, bergayut telefon, dan sebagainya...bagi kita bertunang bukanlah tiket untuk menghalalkan segalanya... 

**********************************************************

Alhamdulillah, kini kita sah sebagai KEKASIH HALAL... semoga ikatan cinta kita terus bersemi hingga ke SYURGA, insyaallah...^_^


P/s: kepada sahabat2 sekalian, tunggu jemputan WALIMATUL URUS saya pada 21.08.2012 bersamaan dengan 3 Syawal 1433 H, dan di rumah suami pada 22.08.2012 bersamaan 4 Syawal 1433 H.

::Perkahwinan itu melengkapi dan menyempurnakan, bukan mencari hanya yang sempurna... Matlamat perkahwinan, mendapat keredhaan Allah, insyaAllah:: ~✿>> PERKAHWINAN yang dibina itu bukan sekadar diukir bersama CINTA DAN KASIH SAYANG tetapi perlu juga dibentuk bersama rasa TANGGUNGJAWAB dan asas yang UTAMA, iaitu AGAMA..Ya Allah, didiklah kami menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah, eratkanlah ikatan cinta dan kasih sayang yang kami bina. semoga kami dapat membina sebuah keluarga yang SAKINAH. insyaAllah..♥♥



Lirik Saat Lafaz Sakinah – Far East


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



http://www.youtube.com/watch?v=Dr5NYADFofc