Photobucket
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

NIKMAT & SYUKUR


Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar, di mana sabar itu memerlukan erti kesabaran pula. Adapun bala & musibah, ia akan menunjukkan adanya perhatian & kasih sayang Allah. Oleh itu, syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian adalah setinggi-tinggi erti syukur.



Tuesday, May 3, 2011

biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit....



Manusia biasa itu tidak dapat lari dari melakukan pelbagai kesalahan terhadap penciptaNya lantaran fitrah manusia itu lemah, memiliki nafsu dan syaitan yang akan sentiasa menjadi penggodanya selagi bernafasnya dia di atas muka bumi ini. Begitulah kita, hanyalah makhlukNya yang dijadikan dari tanah yang lagi hina tetapi dimuliakan dengan dituipkanNya ruh ke dalam jasad kita ketika proses penciptaan manusia. MasyaAllah... Allah jadikan kita dari setinggi-tinggi dan serendah-rendah perkara. Ketika Allah ingin mengambil tanah untuk mencipta manusia, Allah utuskan satu-persatu malaikat untuk berjumpa dengan tanah, tetapi semua tanah tidak mahu kerna mereka tahu bahawa manusia akan membuat kerosakan di Bumi nanti. Sehinggalah saat Allah mengutuskan malaikat Izrail, semua tanah tetap mengatakan perkara yang sama.
Malaikat Izrail:"Allah telah utuskan aku untuk mengambil kamu bagi mencipta manusia."

Tanah:"Kami tidak mahu.Pasti manusia akan melakukan kerosakan di Bumi nanti."
Malaikat Izrail:"Aku tidak kira. Allah lagi aku takuti dari kamu.Aku akan tetap mengambil kamu."

Sahabatku, kerna itulah di saat kematian kita nanti malaikat Izrail diperintahkan untuk mencabut nyawa kita. Tanah sendiri mengakui bahawa manusia itu akan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Ternyata semuanya terjadi sepertimana yang kita lihat sekarang. Tujuan Allah jadikan kita daripada tanah supaya kita tidak merasa sombong di atas muka bumi. Tetapi lihatlah apa yang terjadi sekarang. Manusia merasakan bahawa mereka adalah raja bumi ini. Langsung tidak memikirkan makhluk-makhluk lain yang turut hidup mengikut sunnatullah seperti manusia, malah kepatuhan mereka terhadap Allah mengatasi manusia itu sendiri.

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,"Sungguh Aku akan menciptakan manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitammenyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan ruh ciptaanKu ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud(sebagai penghormatan)."(Al-Hijr:28~29)

yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah

Ingatlah bahawa kita ini asalnya hanyalah dari tanah dan dengan tiupan ruh Allah muliakan kita. Ruh itu dari Allah yang kudus.Bayangkan tanpa ruh,tidak mungkin akan sempurna kejadian kita. Lihatlah, betapa Allah menyayangi kita. Kita lebih istimewa berbanding makhluk lain. Tetapi, kita sering lupa akan sayangnya Allah pada kita. Kita lebih gemar melakukan perkara-perkara yang dilarangNya yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia. Keseronokan dunia, hiburan, pangkat dan segala nikmat di dunia ini lebih indah di mata kita. Kita sering takut akan kehilangan pangkat yang kita miliki, kekayaan yang kita perolehi dan sebagainya. Setiap saat kita hanya memikirkan bagaimana untuk menambah sumber kewangan, bagaimana untuk mencantikkan diri serta bagaimana untuk menghiburkan diri yang kebosanan. Malangnya, jarang sekali setiap saat kita berfikir bagaimana untuk mendekatkan diri pada pencipta kita atau bagaimana untuk menambah amal ibadat kita serta meningkatkan kualiti ibadah kita. Manusia lupa Tuhannya, lupa tujuan hidupnya lantaran terlalu mengejar duniawi. Sedangkan ketenangan dan kebahagiaan yang abadi adalah ketika manusia itu kembali kepada penciptaNya.

Sahabatku,

Allah tidak kisah semua itu kerna Dia tidak akan rugi biarpun hambaNya melupaiNya. Tetapi, walaupun kita sering lupa akan Dia yang sentiasa mengawasi kita, walaupun dosa kita menggunung sekalipun, walau sejahil mana diri kita di masa silam, Allah bersedia menerima kembali hamba-hambaNya yang ingin bertaubat. Subhanallah...betapa kasih sayang Allah itu tidak bertepi. Siang malam dia menunggu hamba-hambaNya kembali kepadaNya.

"Sungguh Allah membentangkan tanganNya setiap malam agar orang yang berbuat kejahatan di siang hari mahu bertaubat. Dan Dia juga membentangkan tanganNya di siang hari agar orang yang berbuat kejahatan di malam hari mahu bertaubat."

(HR Imam Muslim dan Ahmad)

Sahabatku, apakah kita tahu, siapa Rabb kita? Apakah kita merasakan kebesaran, kasih sayang dan makrifat Allah dengan hambaNya?Mari kita amati hadith qudsi ini;

"Wahai Bani Adam, kalian tidaklah (sungguh-sungguh) berdoa dan mengharap padaKu, Aku akan mengampuni dosa-dosa kalian dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau dosa kalian mencapai awan di langit, lalu kalian minta ampun padaKu, Aku akan mengampuni kalian, dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau kalian datang padaKu dengan dosa sebesar ukuran bumi, tetapi kemudian kalian mendatangiKu dengan tanpa berbuat syirik padaKu, maka Aku akan mendatanganimu dengan ampunan sebesar itu pula."(HR At-Tirmidzi)

Subhanallah..kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya. Tiada kasih sayang insani yang mampu menandingi kasih sayang Ilahi. Sungguh Allah itu Maha penyayang lagi Maha Pengampun. Sayangnya Allah pada kita kerna Dia tidak mahu ciptaanNya merosakkan dirinya sendiri. Bayangkan seorang jurutera yang mencipta robot. Pasti dia tidak mahu ciptaannya rosak. Pasti disayanginya dan dijaga setiap hari agar dapat berfungsi dengan baik. Sahabatku, begitulah juga Allah selaku pencipta kita. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jadi, mengapa kita perlu mengingkari perintahNya? Dia telah membentangkan tangannya siang dan malam, menanti hambaNya kembali kepadaNya, tetapi mengapa kita masih menyombongkan diri untuk kembali padaNya?Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.......

Saya akhiri entry kali ini dengan sebuah kisah taubat seorang tabi'in yang begitu indah sekali. Moga sahabat semua turut merasai kesannya di hati sepertimana yang saya rasai ketika pertama kali membaca kisah ini. Kisah taubat seorang tabi'in bernama Malik Bin Dinar...


*******************************************************************************

Siapa Malik bin Dinar?

Beliau adalah seorang Tabi'in, dan dikenali kerna selalu menangis sepanjang malam sambil berkata,

"Ya Rabbku, Kau sendirilah yang tahu penghuni syurga dari penghuni neraka, lalu aku termasuk yang mana? Ya Allah, jadikanlah aku dari penghuni syurga, dan jangan Kau jadikan aku dari penghuni neraka."

Perhatikanlah ibadahnya! Inilah Malik bin Dinar. Tapi, di awal hidupnya beliau tidak memiliki ketaqwaan seperti ini. Beliau berkata, "Aku memulai hidupku dengan sia-sia, banyak minum dan banyak berbuat maksiat. Aku berbuat zalim pada manusia, aku melakukan kezaliman. Tiada maksiat yang tidak kulakukan. Aku sangat jahat, sehingga manusia menjauhiku."

Apakah Malik bin Dinar seperti itu? Ya, dulu beliau seperi itu. Lalu beliau berkata lagi,
"Tapi di suatu hari, aku ingin menikah dan memiliki anak. Maka aku pun menikah dan isteriku melahirkan anak yang kuberi nama Fatimah. Aku sangat mencintainya. Setiap kali Fatimah bertambah besar, imanku pun bertambah dan maksiatku berkurang. Mungkin Fatimah tahu kalau aku memegang botol khamr, lalu ia mendekat padaku,aku menjauhkan botol itu darinya, sedang ia baru berusia 2 tahun. Seakan Allah menjadikan ia melakukan itu. Setiap kali Fatimah bertambah besar, imanku pun bertambah. Dan semakin aku selangkah lebih dekat dengan Allah, maka aku sedikit demi sedikit jauh dari maksiat, hingga usia Fatimah genap 3 tahun."

"Ketika usianya 3 tahun, ia mati......".
"Maka hidupku berubah menjadi lebih teruk dari dahulu. Aku belum memiliki kesabaran orang yang beriman yang menguatkanku menerima bala', sehingga syaitan mempermainkanku. Sehingga datang suatu hari, maka ia berkata,"Mabuklah kau yang mana kau belum pernah mabuk seperti itu sebelumnya.....".Maka aku pun ingin mabuk, aku ingin minum khamr, sehingga aku minum semalaman."

"Lalu aku bermimpi yang menebus kesedaranku. Aku bermimpi melihat diriku pada hari kiamat. Ketika matahari menjadi gelap, lautan berubah menjadi api, bumi bergoncang, dan manusia berkumpul di hari kiamat, manusia berbondong-bondong, aku bersama manusia, aku mendengar ada yang menyeru,"Fulan bin Fulan kemarilah menghadap pada Yang Maha Berkuasa."

"Aku lihat wajah Fulan bin Fulan itu berubah menjadi hitam kerana ketakutan. Sehingga aku mendengar si penyeru itu memanggil Malik bin Dinar. Manusia di sekelilingku hilang, seakan tidak ada orang di bumi Masyar itu. Lalu aku melihat ular besar lagi ganas berjalan ke arahku sambil membuka mulutnya. Aku pun berlari ketakutan, hingga aku menemukan lelaki tua lagi lemah dan aku berkata,'Tolonglah aku dari ular itu.'Ia berkata,'Anakku, aku lemah, aku tidak bisa menolongmu, tetapi larilah ke arah ini mungkin kau akan selamat'."

"Aku pun lari ke arah yang ia tunjukkan. Ular berada di belakangku, dan di depanku neraka. Maka aku pun berkata,'Apakah aku akan lari dari ular dan jatuh ke neraka?'Aku pun segera kembali lari dan ular semakin mendekatiku, aku kembali kepada lelaki lemah itu sambil berkata, 'Selamatkanlah aku, tolonglah aku.' Ia pun menangis kasihan pada keadaanku, lalu berkata,'Aku lemah seperti yang kau lihat, aku tidak mampu melakukan apa-apa, tetapi larilah ke gunung itu mungkin kau akan selamat'."

"Aku pun lari ke gunung dan ular akan menyambarku. Lalu aku lihat di puncak bukit itu anak-anak kecil, mereka berteriak, 'Wahai Fatimah, temuilah bapamu, temuilah bapamu!'."

"Aku pun tahu kalau itu anakku. Aku gembira kerna anakku yang mati di usia 3 tahun menolongku, mengambil tanganku dan mengusir ular itu dengan tangan kirinya, sedang aku seperti mayat kerana takut. Lalu aku pun duduk di kamarku seperti aku duduk di dunia, dan ia berkata, 'Wahai bapaku, "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah..."(Al-Hadid:16)".

"Aku bertanya, 'Wahai anakku, beritahulah padaku tentang ular itu'. Ia menjawab, 'Itu adalah amalmu yang buruk, kau besar-besarkan dan kembangkan, sehingga ia hampir memakanmu. Bukankah kau tahu wahai bapaku, bahawa amal di dunia akan berubah memiliki jasad di hari kiamat?'."

"Aku bertanya lagi, 'Dan lelaki lemah itu?'. Ia menjawab,'Itu adalah amal solehmu. Kau lemahkan dia, sehingga ia menangis melihat keadaanmu, dan ia tidak mampu melakukan sesuatu. Sekiranya kau tidak melahirkan aku, dan aku mati ketika masih kecil, tentu tidak ada yang bermanfaat bagimu'."

"Aku pun terbangun dari tidurku sambil berteriak, 'Telah datang, wahai Tuhanku,...telah datang, wahai Tuhanku..."Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah....".

"Aku pun mandi dan keluar untuk solat subuh, aku ingin bertaubat, kembali pada Allah s.w.t."
Beliau bercerita lagi, "Ketika aku masuk masjid, sang imam sedang membaca ayat al-quran yang sama,

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah...."(Al-Hadid:16)

Malik bin Dinar pun bertaubat, hingga beliau terkenal setiap hari duduk di depan masjid sambil berkata,

"Wahai hamba yang bermaksiat, kembalilah pada majikanmu. Wahai hamba yang lalai, kembalilah pada majikanmu. Wahai hamba yang lari, kembalilah pada majikanmu, majikanmu menyeru setiap malam dan siang hari sambil berkata, 'Siapa yang mendekat padaKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta, lalu siapa yang mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya satu depa, dan siapa yang mendekatiKu sambil berjalan, maka Aku akan mendekatinya sambil berlari kecil.'(HR Bukhari dan Muslim)......."

Semoga Allah s.w.t memberi kita semua nikmat taubat.InsyaAllah..=)

"Wahai jiwa yang tenang!Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu,dan masuklah ke dalam syurga-Ku."(Al-Fajr:27-30)

Sunday, April 10, 2011

SABAR & REDHA

Bismillahirrahmanirrahim.







Teringat pada wasiat Rasulullah s.a.w. kepada Abu Hurairah. "Redha dengan pemberian Allah nescaya kamu akan menjadi manusia yang kaya hatinya."

Redha dan sabar umpama kembar siam, ungkapan yang sering dikepilkan bersama saat menghadapi sesuatu musibah. Apabila melihat manusia lain diberikan ujian, tidak jarang kita mengungkapkan ungkapan "sabar dan redha, insya Allah ada hikmah dari Allah."

Walaupun nampak macam kembar siam, hakikat redha dan sabar sangat berbeza.
Sabar ~ menahan diri dan mengikat hati dari merungut dengan apa yang berlaku.
Redha ~ tiada apa yang mahu diluahkan, tak rasa 'tercuit' dengan apa yang berlaku.

Ramai yang sabar dengan takdir (ujian, bala, musibah) tetapi sangat sedikit yang redha. Redha di dalam hati yang mana hanya urusan dia dan Allah sahaja.

Sebuah kisah yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas di mana Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya; "sekiranya mahu melihat wanita syurga, maka lihatlah pada wanita itu." Apakah hebatnya seorang wanita yang lemah (fizikalnya) sehingga dikatakan sebagai ahli syurga. Kita pasti pernah mendengar hadith dari Rasulullah bahawa kebanyakan penghuni neraka terdiri dari wanita, jadi... mari kita berkenalan dengan wanita penghuni syurga.

Dia bukanlah seorang srikandi yang berjuang di medan perang membunuh kaum kafir musyrikin, dia bukanlah seorang wanita yang selalu menjadi sebutan orang atau dia tidaklah dikenali sebagai seorang wanita yang hebat namun dia adalah wanita yang Rasulullah ungkapkan "sekiranya mahu melihat wanita syurga, maka lihatlah pada wanita itu."

Pada suatu hari, seorang wanita berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan minta supaya Rasulullah mendoakan untuknya agar diberikan kesembuhan oleh Allah taala dari penyakit sawan babi.

Rasulullah s.a.w. menjawab "aku boleh berdoa minta Allah sembuhkan kamu tetapi kalau kamu sabar maka kamu akan mendapat syurga." Lalu wanita tersebut meminta kepada Rasulullah s.a.w. mendoakan agar Allah tidak menyelak kainnya ketika diserang penyakit sawan babi.

Rasulullah s.a.w. menjamin bahawa wanita tersebut masuk ke dalam syurga... Allahuakbar!

Di dalam keadaan yang tidak sedar apabila diserang penyakit sawan babi, pastilah seorang wanita akan kelihatan aib apatah lagi auratnya mungkin akan terselak dan dilihat oleh orang lain. Dalam keadaan yang tidak sedar (darurat) pun beliau MALU sekiranya auratnya dilihat oleh orang lain, inikan kita yang sedar (sihat dan waras fikiran) tidak segan silu menunjukkan aurat di hadapan orang lain. Bahkan, merasa bangga! Na'uzubillah.

* Usah minta dikurangkan ujian tetapi pintalah diberatkan iman *

Kita hanya sukakan perkara yang baik dan melihat ujian serta musibah adalah bala. Hakikatnya, seorang manusia hanyalah hamba Allah yang layak untuk diuji. Setiap orang teruji tetapi dengan ujian yang tidak sama. Ada manusia yang diuji dengan kebahagiaan sehingga dia terlupa bersyukur kepada Pemberi kebahagiaan tersebut. Ada manusia yang diuji dengan derita berpanjangan sehingga terlupa bagaimana rasanya menjadi bahagia.

Hakikatnya, keindahan, kelazatan dan kenikmatan yang zahir itu adalah ujian yang lebih berat dibandingkan dengan ujian keresahan, kesengsaraan dan sebagainya. Apabila diuji dengan perkara yang membuatkan kita SERONOK, maka kita akan mudah lupa dengan Allah dan sangat sedikit yang tetap bersyukur kepada Allah sedangkan manusia yang diuji dengan perkara yang MENDUKACITAKAN maka kita akan merasa 'disentap' dan berfikir, moga taufiq dari Allah akan memandu kita kembali ke pangkuan Nya.

Kadang-kadang, kita melihat orang yang diuji dengan pelbagai rencam ujian tetap dengan wajah yang tenang... Kita jadi pelik dan dalam masa yang sama merasa kagum apalah yang menguatkan hatinya sehingga begitu kukuh berdiri. Kita lupa untuk merasa bahawa wajah yang tenang lahir dari hati yang punya hubungan akrab dengan Allah. Mereka berpuas hati (redha) dengan segala pemberian dari Allah, maka hati yang kaya itu tersinar pada wajah mereka.

Maka, latihlah diri anda untuk sabar dan redha dengan sesuatu perkara kerana pasti ada hikmah disebaliknya, insyaallah..(^_^)

Thursday, January 13, 2011

KUATKAH DAKU ANDAI TIANG ITU MASIH RAPUH..




Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost that your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah...
Telefon bimbitku berulang-ulang kali mendendangkan lagu InshaAllah nyanyian penyanyi arab terkenal, Maher zain. Oleh kerana lagunya sangat menenangkan serta menyentuh kalbu,aku menjadikannya sebagai nada dering untuk jam locengku di telefon bimbit.Tanganku pantas meraba ke bawah bantal mencari telefon bimbitku.”Hah,dapat pun!” Dengan bersusah payah aku membuka mata dan...
Astaghfirullahalazim! 6.07 pagi?
Aku kesiangan lagi pagi ini dan yang paling menyedihkan solat subuhku ‘gajah’ lagi.Mungkin bukan gajah tetapi ‘dinosaur’ layaknya kerana kini subuh di Mesir masuk waktu seawal sekitar 4.15 pagi.Masuk pagi ini sudah tiga kali berturut-turut aku terlewat bangun untuk mengerjakan solat subuh.
Lantas aku beristighfar lagi sambil melompat dari atas katil. Langkahku dipercepat.Tiang agamaku tidak mungkin kubiarkan terus rapuh. Biar sudah terlambat, solat harus dikerjakan dan keampunan harus kupinta daripada Yang Maha Pengampun.
Matahari semakin terik. Peluh cepat sahaja bertelur di dahiku. Mujur kelas selama enam jam berturut-turut sudah pun tamat, alhamdulilah. Namun ada sesuatu yang kukesali. Walaupun si pensyarah hebat dalam menerangkan ilmu-ilmu medik kepada kami, nampaknya aku gagal memahaminya dengan baik.
Aku tidak dapat fokus sedang teman-teman yang lain tersenyum lebar sambil memuji-muji kehebatan si pensyarah tadi menghurai tajuk pelajaran pada hari ini. Muhasabahku mengingatkan aku kepada solat subuh yang terlewat pagi tadi. Mungkin inilah akibatnya apabila solat subuh yang merupakan permulaan hari pun tidak dikerjakan pada waktunya. Bibirku melafazkan istighfar lagi.
Setibanya aku di asrama MARA, aku terus mengajak ahli baitku mengerjakan solat asar berjemaah. Kali ini solatku lebih khusyuk seolah-olah ingin berlama-lama ‘menghadap’ Dia demi memohon keampunan dari setiap penjuru khilaf yang telah ku perbuat. Usai solat, wirid yang aku imami sengaja aku panjangkan dek kerana perasaan rasa bersalahku padaNya masih berbaki.
Satu jam lagi Madrasah al-Razi akan bermula. Hendak mengulangkaji pada waktu petang-petang sebegini selalunya apa-apa yang dibaca susah sedikit mahu difahami, tambahan pula memang aku sudah terbiasa belajar selepas solat maghrib. Untuk mengisi masa lapang ,ku buka komputer ribaku untuk menyemak emel. Tiba-tiba ‘offline message’ dari Kak Mardhiah,mahasiswi usuluddin Universiti Al-Azhar muncul di skrin.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan:
Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Aku terkedu. Mesej yang diterima betul-betul terkena di batang hidungku sendiri. Tidak dapat kubayangkan betapa seksa dan dahsyatnya azab Allah SWT. Air panas yang terkena ditanganku semasa membancuh teh pagi tadi pun sudah cukup membuatku terjerit, apatah lagi azab Allah yang maha pedih.
”Nauzubillah min zalik”, ucapku dalam hati.
Sememangnya pagi tadi aku bukan sengaja melewatkan solat subuhku.Aku cuma terlewat bangun kerana kepenatan belajar sehingga terbawa-bawa ke dalam lena yang panjang. Namun perasaan bersalah terasa kuat sehingga diri terasa hina. Ah,lama sungguh aku melayan perasaan. Madrasah al-Razi bakal bermula sebentar sahaja lagi.
Tingkat 3 bangunan MARA Iskandariah sudah dibanjiri dengan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi. Seperti biasa,bilangan akhawat melebihi bilangan ikhwah yang hadir. Tidak lama kemudian,Ustaz Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai ‘Akhi Salman' di alam maya tiba diiringi beberapa orang ikhwah.
Syukur pada Allah kerana dengan adanya insan yang bersungguh-sungguh mahu berkongsi ilmu seperti Ustaz Salman, kami mendapat pelbagai ilmu yang sudah semestinya tidak mungkin diperolehi di Fakulti Perubatan. Meskipun sistem pembelajaran tampak menarik diselang-selikan pula dengan lawak-lawak ustaz yang pastinya mengundang tawa, tumpuanku agak terganggu dengan kehadiran ikhwah yang seorang ini.
Petang ini, dia kelihatan bersahaja memakai baju melayu berwarna biru laut, warna kesukaanku. Tambahan pula, dia memilih untuk duduk betul-betul sebaris denganku. Ah,Allah memang sengaja ingin menguji keimananku. Pandanganku asyik tertumpu ke arah pemuda itu. Entah mengapa hatiku berkenan sungguh padanya. Mungkin kerana akhlaknya yang baik, ditambah pula dengan sikapnya yang peramah serta berkepimpinan. Tetapi dia tidak pernah mengetahui bahawa aku mengaguminya dalam diam. Cuma terdaya memandangnya dari jauh.
Lamunanku terhenti apabila ustaz menyentuh bab hati. Tumpuanku bertambah semula. Ada kata-kata ustaz yang merenggut ketenangan di hatiku. Kata ustaz, semasa solat kita hendaklah khusyuk kerana apabila kita teringat perihal dunia sedang bibir memuji kebesaranNya, Allah akan berkata dengan nada yang sedih:
”Yang mana lebih penting? Aku atau perihal dunia yang kau ingat itu?”.
Kemudian apabila kita teringat lagi perihal dunia buat kali kedua setelah datangnya khusyuk, Allah akan bertanya soalan yang sama buat kali kedua. Dan apabila kita teringat perihal dunia buat kali ketiga, Allah tidak akan bertanya lagi. Jika Allah sudah tidak hiraukan kita lagi, adakah solat yang kita laksanakan akan diterima?
Aku terus tersentak. Kelas Madrasah al-Razi kali ini betul-betul memberi impak besar pada diriku. Dadaku terasa bagai dihempap. Sedih, terkilan, menyesal, semuanya menjadi satu. Seisi kelas terdiam seribu bahasa bagai bermuhasabah sendiri pada waktu itu juga.Ya Allah,orang yang melaksanakan solat, tiang agamaMu pun ada cacat celanya apatah lagi orang yang menunaikan solat tetapi di hujung-hujung waktu sepertiku ini. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini.
Kali ini mataku tidak terarah ke arah sang pemuda itu lagi. ”Maksiat mata!”, bentak hatiku. Aku bertekad,perasaan ini tidak harus dilayan dan solat selepas ini akan kukerjakan dengan sebaiknya walau terpaksa berperang dengan diri sendiri melawan kemalasan serta hasutan syaitan. Ya! Aku harus kuat untuk menjadi muslim yang sejati. Biar Islam pada diriku bukan sekadar tertulis hanya pada nama, tetapi biar terzahir pada hati, lafaz serta perbuatanku.
Allahuakbar,allahuakbar....
Azan sudah pun berkumandang. Alhamdulilah, pada kali ini aku berjaya menunaikan solat Subuh pada awal waktu. Aku berasa sangat sehingga di kelas pun aku masih tersenyum. Pada sujud terakhir, ada air mata keluar berlinangan dari kelopak mataku. Alangkah indahnya jika kita sentiasa hidup dalam keimanan. Alhamdulilah...