Thursday, June 30, 2011

SYUKRAN AKHI..(^_^)

Syukran akhi...pemberianmu sangat dihargai!!!
Dua buah buku yang bermakna buat diriku.



Buku ini merupakan sebuah buku yang membincangkan persoalan masalah.Ia tidak mengajak pembaca bertindak lari daripada masalah ataupun terlalu memikirkan masalah,apatah lagi mencari masalah, bahkan ia menjemput pembaca supaya melihat setiap masalah yang dihadapi dengan cara pandang yang baru atau dari persepsi yang positif.

Buku ini dibahagikan kepada enam bab tidak termasuk pendahuluan dan penutupnya.Seperti buku karangan penulis terdahulu iaitu Bila Allah Menduga Kita,buku ini turut diselang-selikan dengan kisah benar berkaitan topik yang dibincangkan.Penulis juga meletakkan ayat al Qur'an serta hadith yang bersesuaian dengan pengkisahan serta puisi yang bersesuaian dalam buku ini.Selain memasukkan pengalaman sebilangan orang yang pernah berdepan dengan masalah- masalah besar dalam hidup mereka,penulis turut tidak lokek berkongsi pengalamannya sendiri.Ini bersesuaian dengan perbidalan yang menyatakan pengalaman adalah guru yang terbaik.

Pada bab pertama buku ini menghuraikan bagaimana cara kita melihat masalah.Bab ini menghuraikan cara untuk mengenalpasti masalah.Ia menjelaskan kepada kita kebiasaannya apabila dilanda masalah emosi seperti marah,sedih kecewa,tekanan dan sebagainya akan muncul secara spontan.Kita perlu bijak mengawal emosi kerana emosi yang berlebihan boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan.Kita perlu memahami bahawa masalah dan ujian hidup sama seperti nikmat dan kesenangan iaiatu sebahagian daripada ketetapan Allah yang sering mendatangi kita.Lantas kita sepatutnya berusaha agar berjaya mengawal emosi dengan baik samada masalah itu berpunca kehilangan tahap peribadi, hubungan mahupun impian.Pendek kata, jangan terlalu bersedih atas faktor kehilangan yang bersifat material dan fizikal tapi khuatirlah jika yang hilang itu adalah iman dan kekuatan rohaniah.

Bab yang kedua pula berkongsi dengan kita betapa Yang Lebih Penting Adalah Tindak Balas Kita.Apapun masalah yang kita hadapi dalam melalui hidup ini tidak sepenting bagaimana tindak balas kita terhadap masalah tersebut.Ini menekankan bagaimana masalah sebenarnya bersifat relatif.Relatif di sini merujuk kepada bagaimana cara kita memandang dan bertindak balas ke atasnya.Walaupun sesetengah buku psikologi menyatakan masalah bersifat neutral atau sebahagian yang lain menyebut masalah bersifat negatif,namun penulis menerangkan masalah bersifat relatif.Dua orang yang menghadapi masalah yang serupa mungkin memandang masalah tersebut dengan dua cara yang berbeza.Walaupun kebanyakan masalah yang kita hadapai sehari-hari mempengaruhi hidup kita,tetapi tindak balas kita terhadap masalah itu jauh lebih banyak menentukan keadaannya samada baik atau sebaliknya.Oleh itu kita sangat memerlukan kekuatan spiritual dengan mengubahnya menjadi sesuatu yang lebih positif.

Bab ketiga merujuk kepada Mengambil Manfaat daripada Permasalahan Hidup. Bab ini menerangkan betapa masalah mempunyai banyak manfaat.Sebenarnya masalah sangat diperlukan dalam hidup ini(TIDAK TERMASUK MASALAH YANG DICARI).Masalah dapat menjadikan kita insan yang lebih bersungguh-sungguh,lebih kuat,lebih banyak belajar,lebih tekun,lebih menghargai kesenangan,boleh berempati terhadap orang lain yang sakit atau kekurangan,boleh menjadi penghapus dosa,boleh menjadi sedekah, boleh mendekatkan diri lebih lagi terhadap Allah.Membaca pengalaman penulis yang melalui pelbagai kesusahan dalam menghasilkan buku Bila Allah Menduga Kita yang beberapa kali sebelumnya ditolak memberi satu keinsafan yang besar.Pelbagai rintangan yang dilalui penulis sebelum buku tersebut akhirnya menjadi Best Seller book di rangkaian kedai buku MPH dan Popular.Sehingga kini, buku tersebut sudah diulang cetak beberapa kalih dan saya sendiri dapat melihat dengan jelas ia masih menjadi buku pilihan di MPH dan Popular.Apa akan jadi kalau penulisnya berputus asa?Mungkin kita sendiri tidak dapat membaca buku tersebut apatah lagi untuk mengambil pengajaran daripadanya dan mustahil juga jika penulis tidak bersungguh-sungguh menjadikan buku tersebut menarik perhatian pengunjung toko-toko buku dalam keadaan ratusan buku yang dicetak setiap tahun.

Bab Empat menghuraikan soal Ubat Paling Mujarab.Sungguh!Ubat yang paling mujarab untuk semua masalah dan ujian yang kita lalui adalah kesabaran.Walaupun kebanyakan manusia akan cenderung untuk mengeluh dan berputus asa,namun kedua-dua sikap itu tidak mampu mengubah atau membantu sama sekali bahkan mungkin kekusutan yang kecil menjadi semakin besar.Dalam menghadapi musibah atau masalah, kita dianjurkan supaya bersangka baik dengan Allah dan bersabar.Itulah cara bagi mengatasinya.Biarpun sesetengah orang berpandangan bahawa sifat sabar adalah pasif dan menunjukkan ketidakupayaan, hakikatnya ia adalah satu kekuatan yang aktif dan mampu meneutralkan musibah serta meraih apa yang diinginkan.Ringkasnya,orang yang sabar memiliki kecerdasan emosi yang sangat tinggi dan kesabarannya itulah kekuatan yang tidak semua orang dapat memilikinya.

Bab lima pula menyebut Kita memang Sering Menemui Masalah.Dalam bab ini kesabaran masih menjadi topik penting.Kita disarankan supaya bersabar dalam menghadapi keadaan tidak menyenangkan yang sudah terjadi dalam masa yang sama kita perlu sabar dalam mencapai keadaan yang dicita-citakan.Setiap masalah yang kita hadapi perlu diselesaikan dengan sabar agar tidak berkembang menjadi sesuatu yang lebih buruk.Biarkan yang telah berlalu dan fokuskan perhatian pada yang ada di hadapan kerana kita tidak dapat mengubah apa-apa yang sudah terjadi.Yang dapat kita lakukan adalah bersabar dan menerima seadanya tanpa keluhan.

Pada bab akhir iaitu bab Enam:Allah Lebih Mengetahui mengajak kita sama-sama mengatasi masalah hidup dengan usaha dan doa.Ini merupakan cara yang sangat efektif untuk menghadapi permasalahan dan untuk mencapai suatu tujuan.Apapun usaha dan doa memerlukan kesabaran.Apapun yang kita lalui dlaam hidp ini Allah lebih Mengetahui.Siapa kita untuk mempersoalkannya?Marah- marah jika melalui ujian samalah seperti menyalahkan Tuhan.Na'uzubillah min Zalik.

Akhir sekali pada bahagian penutupnya penulis menekankan bahawa masalah dan ujian,tidaklah seburuk yaang disangka selama ini.Cara kita memandang masalah itu dan apakah tindakan kita dalam mencari solusinya lebih utama.Usaha kita dalam melalui ujian dan musibah adalah dengan sentiasa berdoa dan berusaha.Pandanglah masalah dari satu sisi yang terlindung,insyaAllah keluh-kesah tidak akan muncul.Belon emosi dapat dikempiskan dengan baik dan masalah tersebut sesekali penting untuk kita lebih menghargai makanan yang enak saat kita terpaksa menjamu kentang rebus sahaja.Pada masa yang sama kita tidak boleh menyebut masalah adalah sesuatu yang neutral kerana itu tidak adil bagi orang yang sedang melalui masalah itu,tetapi kita boleh sifatkan masalah sebagai relatif atau subjektif kerana masalah perlu dibezakan atas pandang sisi orang yang menghadapinya.Apapun yang berlaku,Senyumlah...apapun masalahmu ia pasti akan berlalu.



Hari- hari dalam hidupku merupakan kisah benar yang telah ditulis oleh Zainab al-Ghazali al- Jubaili. Apa yang beliau coret merupakan segala pahit, manis liku-liku kehidupan  yang telah beliau  lalui sepanjang tempoh perjuangan beliau menegakkan kebenaran. Berlatarbelakangkan zaman kebangkitan Ikhwanul Muslimin iaitu ketika era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser.  Beliau yang merupakan salah seorang pemimpin wanita Ikhwanul Muslimin pernah menghadapi beberapa cubaan untuk menjatuhkan beliau termasuk cubaan membunuh, setelah semua perancangan khianat ini tidak berjaya, akhirnya beliau menerima perintah  daripada pihak kerajaan, iaitu:

“Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir, Zainab al-Ghazali  al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan keatas seorang lelaki.”

Bayangkan bagaimana perasaan seorang wanita mampu berhadapan dengan seksaan yang pelbagai, dari dipukul dengan cemeti hinggalah direndam didalam penjara berair. Beliau bukan sahaja menghadapi ujian fizikal, bahkan ujian mental apabila beliau sering ditawarkan tawaran untuk menyokong gerakan taghut  dan meninggalkan perjuangan beliau sebagai ketua muslimat Ikhwanul Muslimin. Suka untuk saya garapkan salah satu kepahitan yang telah beliau rasai, peristiwa ini berlaku di bilik tahanan nombor 24 dimana beliau telah dikunci di dalam sebuah bilik yang penuh dengan anjing yang beliau sendiri tidak tahu berapa jumlahnya. Pergantungannya ketika itu hanya pada Allah swt.

“ku baca kalimah demi kalimah. Sedangkan anjing-anjing itu tetap berusaha mencakar-cakar tubuhku. Aku merasakan salakannya memenuhi di atas kepala, di bahu, di punggung, di dada, dan di seluruh tubuhku.’’


“aku menyangka pakaian putih yang aku pakai sudah tentu berlumuran darah. Aku juga yakin bahawa anjing-anjing itu sungguh-sungguh telah mengoyakkan tubuhku. Tetapi aneh! Pakaianku seakan-akan tidak terusik, dan tidak ada bekas cakaran anjing-anjing di tubuhku.’’

Ketika saya membaca kisah ini, air mata saya hampir mengalir kerana betapa berkuasanya Allah swt melindungi siapa yang Dia kehendaki, siapa yang menaruh keyakinan hanya padaNya. Sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat.  Betapa kentalnya seorang wanita apabila hidup dan matinya hanya kerana Allah swt. Bergaya bukan, membebaskan diri daripada menghambakan diri kepada manusia yang lemah lagi hina lalu mengalihkan seluruh jiwa dan raga kepada Yang Maha Kekal, Yang Maha berkuasa iaitu Allah yang Maha Esa. Buku ini sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat kerana apa yang dikisahkan adalah kisah benar dan kita masih melihat impaknya sehingga kini, tanpa pertolongan Allah swt apakah Ikhwanul Muslimin mampu mengegar dunia dimasa kini? Tanpa pendukung yang yakin pada Allah seperti ini, mampukah Ikhwanul Muslimin menelusuri zaman, membina tampuk perjuangan lantas memarakkan semangat revolusi yang berlaku kini?.  Bukan ikhwanul Muslimin sahaja, tetapi siapa- siapa pun mampu menjadi hebat sebegini andai seluruh hidup dan matinya diserahkan kepada Allah swt. 

Selain itu juga, jalan cerita yang penuh onak dan duri-duri dunia disulami dengan semangat Zainab membuatkan saya bangga dan kagum atas kekuatan zahir dan batin yang beliau miliki, bagaimana beliau boleh memeperoleh kekuatan ini walaupun ditawarkan dengan jawatan yang tinggi, kehidupan yang mewah oleh anjing-anjing Jamal Abdul Nasser. Apabila anda membaca buku ini, tahulah anda dimana kekuatan yang diperoleh beliau dalam mengharungi badai kehidupan yang tidak pernah henti dari memukul dirinya.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (9:111)

Beliau dibebaskan pada tahun 1971. Semangat, kekuatan dan keyakinan yang mantap kepada pertolongan Allah swt dalam meghadapi segala jenis penyeksaan menjadikan beliau teladan (qudwah) kepada generasi pejuang  dalam menegakkan kebenaran di muka bumi ini sehingga hari kiamat.

Wednesday, June 29, 2011

HIKMAH ISRAK DAN MIKRAJ


by YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang



Marilah kita mendengar firman Allah Taala yang menceritakan tentang peristiwa agung yang berlaku dalam sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

Walaupun para ulama telah bertelingkah di dalam menentukan bulan dan tahun berlakunya Israk tetapi ia adalah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada Rasulullah s.a.w. kerana peristiwa ini dinyatakan oleh al-Quranul Karim dan diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadisnya yang sahih, yang diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Matlamat yang penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah s.a.w. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamu-Nya pada malam yang sangat bersejarah itu.

Firman Allah Taala (maksudnya): "Maha suci Tuhan yang telah menjalankan hamba-Nya pada waktu malam dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang Kami telah berkati di sekelilingnya supaya Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat Kami (tanda-tanda kebesaran dan ketuhanan Kami), sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israk: 1)

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk menyatakan Rasulullah s.a.w. adalah benar seorang rasul yang dipilih oleh Allah SWT, membawa satu agama dan pengajaran yang bernama Islam, firman Allah (maksudnya): "Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam." (A-li Imran: 19).

Dan Allah menyatakan juga (maksudnya): "Dan sesiapa yang mencari (berpegang) dengan agama selain daripada Islam, maka Allah tidak akan menerima dan pada hari akhirat dia tergolong dalam orang-orang yang rugi." (A-li Imran: 85)
Pada malam yang bersejarah itu, Rasulullah s.a.w. dihimpun bersama dengan roh para nabi dan rasul 'alaihimus solatu wassalam di Masjidil Aqsa, mereka solat berjemaah bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam kepada mereka.

Ini menandakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu daripada mata rantai ajaran Islam yang bersambung-sambung dari seorang nabi dan rasul kepada nabi dan rasul yang lain, bermula dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman, tidak ada lagi nabi selepas Muhammad s.a.w.

Allah SWT memilih nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan manusia. Mereka terdiri daripada manusia yang memiliki akhlak yang luhur lagi tinggi, bersifat benar, amanah, menyampaikan, cerdik dan bijaksana di kalangan kaumnya dan dipelihara daripada melakukan kesalahan dan dosa.

Adapun mereka yang tidak memahami dan buta al-Quran tidak akan percaya kepada peristiwa Israk dan Mikraj, kerana pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. ditemukan dengan nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan Bani Israil dan nabi-nabi dan rasul di kalangan umat-umat yang lain, yang cerita-cerita mereka disebut dalam al-Quran, sebuah kitab Allah yang masih wujud sehingga hari ini. Ini menandakan kebenaran al-Quran.

Kebenaran al-Quran bukan sahaja menandakan betulnya Rasululah s.a.w. bahkan juga menjadi pengajaran kepada umatnya. Semua nabi adalah menganut agama yang satu iaitu agama Islam.

Semua mereka bersolat dalam keadaan menghadap Allah SWT dengan cara-cara solat yang diajar oleh Allah. Semua nabi berpegang dengan akidah tauhid lailahaillallah, tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, tuhan yang layak disembah kepada-Nya, tuhan yang menjadikan dan menguruskan alam ini. Alam ini tunduk di bawah undang-undang peraturan Allah, maka wajib manusia hanya tunduk kepada undang-undang dan peraturan Allah SWT. Itulah ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul yang terpaksa berjuang mengharungi perjuangan yang panjang.

Di dalam peristiwa itu juga ditunjukkan kepada Rasulullah s.a.w. rasul yang disertai oleh pengikut yang ramai. Ada rasul yang disertai oleh pengikut yang sedikit, ada yang berjalan seorang diri, ada nabi yang dibunuh dan ada yang dipenjara.
Itulah nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah yang berdepan dengan cabaran golongan manusia yang menjadi bala tentera iblis yang akan wujud sehingga hari kiamat.

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk meningkatkan semangat Rasulullah s.a.w. supaya jangan takut dan gentar di dalam perjuangan Islam, kerana Islam yang dibawa itu ialah Islam Allah SWT.

Seluruh kuasa besar yang ada dalam dunia adalah habuk-habuk yang kecil yang boleh ditiup angin, bahkan ia lebih kecil lagi apabila berdepan dengan ketuhanan Allah SWT pada hari kiamat.

Seseorang yang menganut Islam hendaklah merasa mulia, tinggi dan hebat dengan Islam,dengan syarat mereka berpegang dengan Islam. Allah SWT memuliakan umat ini dengan Islam. Kehinaan yang menimpa umat ini apabila mereka meninggalkan Islam.

Ditunjukkan pada malam Israk dan Mikraj itu di mana perginya orang yang berpegang dengan Islam sehingga mati dan ke mana arah orang yang menyeleweng dan meninggalkan agama Islam.

Orang yang berpegang dengan Islam diletakkan di syurga dan mereka yang menyeleweng daripada Islam berada di dalam neraka. Hal ini digambarkan dengan jelas supaya diberitahu kepada umatnya sehingga kiamat.

Marilah kita menghayati peristiwa Israk dan Mikraj dengan bukan hanya kita mendengar cerita yang berlaku di dalamnya tetapi yang lebih penting ialah untuk menambah iman kepada Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran Islam untuk sehidup semati dengan Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT.

Firman Allah (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam." (A-li Imran: 102).

Monday, June 27, 2011

LAGU TEMA (Kem Remaja Perkasa - SMK SAAS)

KEM REMAJA PERKASA



Bismillahhirrahmanirahim.... dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Assalamualaikum semua.... alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk aku bernafas lagi di atas muka bumi ini.. aku bersyukur kepadaMu ya Allah..

KEM REMAJA PERKASA!!! Alhamdulillah saya baru selesai menyertai Kem Remaja Perkasa yang diadakan pada 24-25 Jun 2011 di SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang...

23 Jun (11 malam) - "beep, beep, beep"..Salam, dijemput untuk menjadi fasilitator di SMK SAAS..peserta 40 orang pelajar hardcore... apabila selesai membaca mesej terfikir sejenak.. pelajar hardcore??? wah, kena jadi fasilitator untuk pelajar pandai ke?? xpe, cuba la dulu..sekurang-kurangnnya dapat berkongsi ilmu yang berguna dengan adik-adik SMK SAAS dan dapat pengalaman...justeru itu rasa terpanggil untuk menjadi fasilitator...terus menghubungi Asiyah dan mengajaknya untuk turut serta ke program itu... alhamdulillah Asiyah memberikan respon yang baik..


Asiyah Yusra

24 Jun (7 malam) - alhamdulillah sampai juga di SMK SAAS... apabila melihat peserta-peserta Kem Remaja Perkasa, kami mula bertanya cikgu.. hardcore ini budak-budak pandai ke cikgu?? cikgu menjelaskan bahawa pelajar yang di gelar hardcore ialah pelajar yang bermasalah di sekolah tersebut..semua peserta program tersebut merupakan pelajar tingkatan dua..mereka ini dipilih untuk menyertai kem ini berdasarkan tahap disiplin mereka yang kurang memuaskan...saya dan Asiyah menganggapnya sebagai cabaran untuk kami membina semula keyakinan adik-adik tersebut untuk menjadi seorang insan berakhlak pada ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan masyarakat...insyaAllah kami akan cuba membantu adik-adik tersebut..

selepas itu kami ke surau untuk solat berjemaah beramai-ramai..tiba-tiba kami melihat seorang guru sedang memarahi pelajar-pelajar lelaki yang sukar di kawal dan keluar surau secara berjemaah serta memanjat tiang dan sebagainya...apabila ditanya mereka kenapa berkelakuan sedemikian, mereka menjawab "kami teruja dan excited join program ni"...aik, tak kan excited sampai macam tu??? pelik sungguh jawapan yang diberi.. he3..



selepas solat maghrib dan insyak secara berjemaah, ada ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz SMK SAAS..ceramah tersebut ialah tentang asal kejadian kita dan bagaimana kita nak menjadi hamba Allah yang taat..selain itu kita harus mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah...ustaz juga menyentuh tentang soal hati..dalam badan kita ada seketul daging yang dinamakan hati..jika baik daging tersebut, maka baiklah amalnya, dan jika buruk daging tersebut, buruklah amalnya..

selepas itu, ketua fasilitator mengendalikan program tersebut...peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing iaitu 4 kumpulan...satu kumpulan terdiri daripada 12-14 orang peserta.. modul 1: kotak beracun..mengenal kelemahan dan kelebihan diri sendiri serta mensyukuri apa yang diberikan Allah s.w.t kepada hambaNya...modul 2: kawad ala tentera sehingga jarum jam menunjukkan angka satu pagi..



25 Jun - bangun seawal 5.00 pagi untuk Qiamulail...selepas itu solat subuh berjemaah.. makan, senamrobik dan rehat.....selepas itu peserta dipecahkan dalam kumpulan masing-masing..modul 3: hijrahkan diri kita.. mudul 4: sharing is caring (slot muhasabah)...

RUMUSAN KEM REMAJA PERKASA

mula-mula sekali, apabila melihat para peserta yang ceria dan nakal mula terfikir, adik-adik ni nakal ja mungkin tak ada masalah kot...tapi selepas cikgu memberitahu yang adik-adik ini ialah pelajar yang selalu keluar masuk bilik kaunseling dan selalu melakukan kesalahan disiplin, kami menganggapnya mungkin ia perkara biasa bagi pelajar yang melanggar disiplin sekolah...

selepas sesi taaruf, kami mula menyesuaikan diri menjadi fasilitator kumpulan masing-masing.. adik-adik ini hanya mendengar dan sekali-sekala memberi pendapat apa yang dibincangkan... apabila sudah serasi, tergambar di wajah adik-adik ni cam ada sesuatu yang ditanggung oleh mereka... maka, para fasilitator berbincang supaya mengadakan modul "sharing"..lebih kurang slot pengongsian dan muhasabah diri... apabila diminta adik-adik meluahkan apa yang terpendam di hati, barulah adik-adik ni menitiskan air mata... saat itu, aku pun menitiskan air mata apabila mendengar cerita mereka dan luahan hati mereka kenapa mereka menjadi begitu atau faktor-faktor yang menyebabkan mereka menjadi begitu...kebanyakkannya berpunca daripada masalah keluarga...

adik-adik tersebut mempunyai keinginan untuk berubah menjadi seorang insan yang lebih baik, berakhlak, beriman kepada Allah, berbakti kepada ibu bapa dan guru,...mereka juga berharap dapat mengubah diri mereka selepas balik daripada kem ini...tapi apa yang menjadi penghalang kepada perubahan mereka ialah apabila orang sekeliling tidak memberikan galakan dan tidak menghargai perubahan yang ingin mereka lakukan... mereka sedar yang ibu bapa mereka menghantar mereka ke kem ini adalah untuk mereka berubah menjadi anak yang lebih baik, tetapi apa gunanya jika ibu bapa masih lagi tidak berubah sikap iaitu menyalahkan anak-anak mereka, mendera, bergaduh dan sebagainya... kesan daripada sikap ibu bapa tersebut tanpa disedari telah menyebabkan anak-anak terabai, dan kekurangan kasih sayang serta menjadi mangsa keadaan...dalam hal ini siapakah yang patut dipersalahkan?? adakah salah anak-anak yang mula terjebak dengan gejala negatif atau pun sikap ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab???

justeru, kami sedaya upaya menolong adik-adik tersebut untuk berubah dengan mengembalikan keyakinan kepada mereka, memberi nasihat dan mengadakan modul yang sesuai untuk membentuk jati diri mereka.. di samping itu menekankan bahawa solat itu penting serta menjelaskan bahawa setiap masalah yang berlaku adalah ujian Allah kepada hamba-hambaNya untuk melihat sejauh mana kita menjadi hamba yang bersyukur dan bertakwa...


harapan kami ialah semoga adik-adik menjadi insan yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara.. taatlah dengan perintah Allah dan tinggalkanlah laranganNya...teruskan mengejar cita-cita adik untuk berjaya di dunia dan di akhirat.. lakukan perubahan adik-adik dengan niat kerana Allah s.w.t.. hanya adik-adik yang boleh merubah diri adik-adik menjadi yang lebih baik...kami, sentiasa mendoakan adik-adik.. semoga kita bertemu lagi di masa akan datang, insyaAllah.


Friday, June 24, 2011

PENDINDING DIRI


Bismillahhirrahmanirahim..Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum pengunjung laman sesawang raudatul mahabbah..hari ni, saya nak kongsi bagaimanakah cara untuk kita menghindari daripada sihir atau santau..pengongsian ni adalah dari program TANYALAH USTAZ di TV9.. 

1. baca surah al-baqarah ayat 1-5
2. baca ayat kursi (dalam surah al-baqarah)
3. baca dua ayat terakhir dalam surah al-baqarah

Insyaallah, boleh menghindari kita terkena sihir atau santau..baca dan amalkan ayat di atas selepas maghrib dan selepas subuh..wallahu a'lam.


KOLEKSI BARU!!! (Anakku Brain Tumor)


Alhamdulillah, dapat juga tambah koleksi bukuku... buku ANAKKU "BRAIN TUMOUR" ini banyak mengajar kita erti kesabaran dan pengorbanan.. hikmah 5 sebelum 5..muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati..tersentuh hatiku apabila membaca buku ni.. sebuah kisah tentang realiti hidup...kat sini ada sinopsisnya: 




Pada pertengahan 2010, mereka diduga Allah dengan penyakit yang digeruni yang dihidapi anak ketiga mereka, Ahmad Mahir Baihaqi atau nama panggilannya Aqi, yang ketika itu (pertengahan 2010) berumur 9 tahun.

Anak yang cergas sejak lahir itu mendapat sakit kepala yang berterusan dan muntah-muntah selama seminggu. Dia disahkan menghidap ketumbuhan otak (brain tumour) oleh Hospital Pakar Damansara. Maka bermulalah episod dugaan hidup yang terpaksa ditempuhi oleh isteri yang ketiadaan suami di sisi, iaitu tatkala Che Amran ke Australia selama 10 hari untuk pelancaran album Raihan.



Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kebahagiaan dan kegembiraan bagaikan diragut. Perasaan berkecamuk berlegar di dalam diri. Benarkah anak ini menghidap penyakit bahaya yang menjadi igauan ngeri setiap insan? Kepulangan suami menjadi pengubat jiwa yang gundah. Namun, empat hari mereka dalam keadaan buntu, sambil tetap pasrah dengan ketentuan Ilahi dan redha dengan ketetapan-Nya.




Doktor pakar bertegas bahawa pembedahan perlu segera dibuat untuk mengelakkan tumor daripada membesar dan menyerang saraf penting di dalam otak. Berpindah ke hospital kerajaan dan kemudian berpatah balik ke hospital swasta adalah usaha yang dilakukan semata-mata kerana mahu memastikan pembedahan dilakukan segera ke atas Aqi. Namun masalah kewangan dan risiko yang akan dihadapi sekiranya pembedahan dijalankan, membuatkan mereka suami isteri dalam dilema.

Pandangan dan nasihat daripada kaum keluarga dan kenalan melalui telefon dan SMS, diambil sebagai pertimbangan. Biar apa pun, keputusan adalah di tangan mereka. Mereka sendirilah yang perlu memutuskan apa yang terbaik untuk anak mereka.

Perlukah pembedahan segera dilakukan atau patutkah ditangguhkan? Wajarkah mereka memilih rawatan alternatif untuk mengelak risiko daripada pembedahan? Wujudkah rawatan alternatif untuk penyakit berbahaya ini yang tidak memerlukan pembedahan? Sejauh mana kesannya?

Pertemuan dengan Kak Zah yang mempunyai anak dengan penyakit yang sama dengan Baihaqi telah membuat Isyah merenung dan berfikir dengan mendalam. Antara pesanan Kak Zah yang menusuk kalbu Isyah, “Kita perlu bergerak untuk anak seperti ini. Walaupun dia nampak dah stabil, kita tidak boleh berada di zon selesa.”

Walaupun anak Kak Zah sendiri telah menjalani pembedahan, dia menyarankan agar Isyah berusaha mendapatkan rawatan lain terlebih dahulu kerana Isyah masih mempunyai pilihan, berbanding dengan Kak Zah sebelum ini yang terdesak membuat keputusan kerana kesuntukan masa dalam membuat pilihan.
Pesanan ibunya juga membuatkan renungan Isyah makin dalam. “Sah, mak rasa elok kalau tangguh dulu perancangan pembedahan tu. Mak tak sedap hati kalau menyentuh bahagian kepala,” kata si ibu.

Berdasarkan pandangan majoriti ahli keluarga dan sahabat-handai, akhirnya Isyah dan Che Amran membuat keputusan. Ketika segala persiapan sudah dibuat oleh hospital pakar untuk menjalankan pembedahan ke atas Baihaqi, Che Amran menelefon doktor dan memaklumkan keputusan itu – meminta pembedahan ditangguhkan dan meminta izin untuk membawa keluar Baihaqi dari hospital.

Selepas itu bermulalah perjalanan mencari kaedah-kaedah rawatan alternatif yang diiringi dengan terapi solat, terapi doa, terapi al-Quran dan penjagaan pemakanan yang ketat untuk Baihaqi. Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor sebelum ini, “Jangan mengharapkan sangat daripada anak ini, dia tidak akan hidup lama.”

Hikmah daripada apa yang berlaku, Isyah dan Che Amran semakin sedar akan tanggungjawab mereka dalam memenuhi amanah Allah menjaga dan mendidik anak-anak. Hubungan mereka suami isteri juga bertambah erat, manakala hubungan dengan kaum keluarga dan sahabat-handai tambah rapat.

Anakku ‘Brain Tumour’ adalah perkongsian pengalaman yang akan memberi motivasi ‘hidup’ kepada ibu bapa dan memberi harapan baru kepada mereka yang mempunyai anak yang senasib dengan Baihaqi. Lebih daripada itu, ia sebuah kembara rohani sepasang suami isteri dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah demi mencari keredhaan Tuhan.

TESTIMONI
“Satu perkongsian pengalaman yang sangat bermakna buat seorang yang bernama ibu mahupun bapa Tahniah bukan hanya pada penerbitan bukunya tetapi juga kerana ketabahan melalui saat-saat genting demi nyawa seorang anak yang disayangi. Penulisan ini juga sebagai panduan bagi mereka yang menghadapi masalah yang sama.”
- Tn Hj Ismail Ahmad, Pengarah Urusan HPA

“Gabungan pengalaman dan ilmu berdasarkan fakta ... bukan sahaja sebagai panduan untuk mereka yang menghadapi ujian penyakit malah panduan bagaimana hubungan dalam keluarga, dengan saudara-mara dan sahabat-handai perlu berlangsung secara ikhlas.”
- Siti Rugayah Hj. Tibek, pensyarah Jabatan Dakwah, Fakulti Pengajian Islam, UKM

“Buku ini bukan sekadar mengenai tumor di dalam kranium tetapi menjangkaui persoalan seluas atmosfera kehidupan. Bingkisan berharga bagi sesiapa yang mencari pahlawan dalam diri, semangat melawan kental, rahsia perawatan yang begitu unik, harga budi dan kasih sayang serta pergantungan mutlak pada Ilahi. Ia membenarkan: setiap sesuatu sentiasa punya pilihan ketiga yang infiniti!”
- Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali, perunding motivasi dan penulis buku U-Turn Ke Jalan Lurus dan R&R Di Lebuh Raya Kehidupan

“Sangat terkesan dengan jalan ceritanya. Amat menarik. Satu catatan pengalaman yang amat berharga. Wajib dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Kekentalan jiwa seorang ibu membawa kepada kekuatan. Walau dalam keadaan genting masih mampu membuat keputusan dengan tenang.”
- Hasan Suyut, CEO Lotus West Engineering Sdn. Bhd. dan penulis buku Kembara Atiq Wazif: Satu Anugerah

“Kita tidak akan tahu sejauh mana kuatnya kita dalam menghadapi ujian hidup sehinggalah satu-satunya pilihan yang ada pada kita hanyalah untuk redha dan sabar dalam menerima qadha dan qadar Allah. Buku ini besar nilai tarbiahnya kerana ia memaparkan bagaimana pasangan suami isteri ini mengurus ujian hidup dengan jiwa tauhid.” Zabidi bin Mohamed, penulis skrip drama
http://zabidiskrip.blogspot.com

Bagi pasangan Isyah Radhiah dan Che Amran Idris, kebahagiaan dan kegembiraan mereka sekeluarga bagaikan diragut apabila anak mereka Baihaqi, 9 tahun, disahkan menghidap ketumbuhan otak.

Kalau anak itu tidak segera dibedah, tumor akan terus membesar dan menyerang saraf penting di dalam otak. Ini memaksa mereka memindahkannya ke hospital kerajaan dan berpatah balik ke hospital swasta semata-mata agar pembedahan dapat disegerakan. Namun, masalah kewangan dan risiko yang akan dihadapi selepas pembedahan, meletakkan mereka di persimpangan.

“Jangan mengharapkan sangat daripada anak ini; dia tidak akan hidup lama,” beritahu doktor. Dalam memutuskan kaedah rawatan terbaik, mereka buntu. Ramai memberikan pandangan, tetapi keputusan mutlak adalah di tangan mereka. Ia perlu segera diputuskan, kerana nyawa anak dalam keadaan kritikal!

Buku ini adalah motivasi ‘hidup’ kepada ibu bapa dan memberi harapan baru kepada mereka yang mempunyai anak senasib dengan Baihaqi. Ia sebuah kembara rohani sepasang suami isteri dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah demi mencari keredhaan Tuhan.

Wednesday, June 22, 2011

SPECIAL 4 U (^_^)

3 JUN 2011



ERTI SEBUAH KEHIDUPAN

Bismillahhirrahmanirrahim..Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Alhamdulillah, Allah memberikan aku kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini lagi.. aku bersyukur kepadaMu... 

hari ini rasa teringat kat kampung halaman..rindu sangat kat mak, abah dan adik-beradik di kampung.. walaupun baru ja call mak semalam,.alangkah indahnya dapat merasa udara yang segar di kampung, dapat melihat keindahan sawah padi, pokok-pokok,...rindunya nak makan nasi dengan pekasam..pas tu ada ulam putat ka, gajus ka, kangkung bersama cabai atau sambal belacan..erm, sedapnya...pas tu makan ikan rebus.. 

bila la nak balik rumah ya..lambat lagi..dok jauh daripada family mengajarku erti berdikari... mengajarku erti untuk menghargai orang di sekeliling dan menghargai erti sebuah kehidupan realiti.. kerana kehidupan realiti tak seindah mimpi..ia lebih mencabar dan memerlukan kita untuk menerokainya... banyak benda yang aku belajar apabila kerja... sebelum ni hanya belajar di dewan kuliah dan menganjurkan program sahaja.. cuti sem ni ambil peluang kerja pulak... cari pengalaman la katakan... 

terima kasih mak dan abah kerana banyak mengajar anakmu ini untuk berdikari.. kasih sayang yang mak dan abah berikan sangat dihargai...sehingga kini mak  dan abah masih memanggilku adik walaupun aku mempunyai dua orang adik lagi...macam-macam nama panggil dalam keluarga.. da yang panggil dik ta, kak siti, kak ita, ta, shita,..cuma tak da orang panggil "sha"..erm, kalau da orang panggil "sha", maka lengkaplah namaku jika digabungkan nama-nama panggilan...he3

walaupun dok berjauhan daripada family dan orang tersayang, aku bersyukur kerana masih ada yang mengambil berat tentang diriku...terima kasih buat sahabat-sahabat yang selalu memberi dorongan dan bersamaku ketika susah dan senang...kak as, terima kasih tumpangkan bilik dan berkongsi bantal denganku... he3...shita dah anggap kak as macam kak shita..kak selalu ambil berat pasai shita..terima kasih akak.. buat wani yang selalu menjadi tempatku untuk berkongsi masalah dan selalu mendengar celotehku, terima kasih ya.. maaf kalau selalu menyusahkan hang...persahabatan kita selama dua tahun di ukm ni amat aku hargai.. aku bersyukur mendapat sahabat sepertimu.. terima kasih juga kepada sahabat baikku aisyah dan hidayah... sahabat daripada form 1 hingga form 6...dan sahabat di ukm.. Allah makbulkan doa kita untuk sama-sama belajar di ukm ini..aku dah anggap hampa berdua cam family aku... terima kasih juga kat farhani yang sudi menjadi sahabatku dan menjadi adik yang baik..he3.. maaf kalau da menyusahkan... dan juga tak dilupakan terima kasih kepada syahirah ahmad, syaza, asiyah, aziela dan sahabat-sahabat yang begitu mengerti akan diriku.... 

kadang-kadang kita bertanya kenapa Allah kenapa tak berikan apa yang kita minta dan Allah berikan benda lain.. tapi aku bersyukur kepada Allah, kerana Allah tak berikan apa yang aku mahukan tapi Allah berikan apa yang aku perlukan...Allah Maha Mengetahui apa yang hambaNya perlukan..jadilah kita hamba yang selalu bersyukur kepadaNya... perjalanan hidupku masih jauh...banyak perkara yang perlu aku lalui dan tempuhi dalam kehidupan yang kan datang..semoga Allah teguhkan hatiku dan langkahku untuk terus berjihad di jalanNya kerana aku yakin Allah sentiasa bersamaku, insyaAllah.






NIKMAT & SYUKUR


Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar, di mana sabar itu memerlukan erti kesabaran pula. Adapun bala & musibah, ia akan menunjukkan adanya perhatian & kasih sayang Allah. Oleh itu, syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian adalah setinggi-tinggi erti syukur.



AURAT DENGAN MAHRAM & BUKAN MAHRAM


Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina ?

Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ) . Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat .

Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah ( seperti di dapur ) . Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .

Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " ( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun adik iparnya . Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai " makna jahat " !? .

Tudung kepala ( yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ini ) .

Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam . Di samping kemudahan diberikan , Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu disalah gunakan .

Tidak dapat dinafikan , di dalam dunia moden ini kadang-kadang seseorang wanita itu terpaksa tinggal serumah juga dengan ipar-duainya lantaran perkerjaan ataupun pengajian . Hubungan ipar-duai itu hendaklah dijaga dengan batas-batasnya .

Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar-duai kita tetapi hubungan sebagai ipar-duai sahaja . Tidak lebih daripada itu .

Tapi BAHAYA ipar-duai ini juga perlu diawasi . Tidak sedikit manusia yang " TERLAJAK " dengan ipar-duai sendiri disebabkan hubungan dengan ipar-duai ini LEBIH HALUS , LEBIH SUKAR DIKESAN DAN LEBIH MESRA .

Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan mengatakan bahawa " Ipar-duai itu adalah MAUT " iaitu , " hubungan sumbang " dengan ipar-duai sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yang tiada kaitan kekeluargaan dan persemendaan . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Drp Saidina 'Uqbah Bin 'Amir r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : ( " Jaga-jaga ! , Janganlah kamu bersunyi-sunyian ~ khalwat ~ dengan mana-mana wanita " ) , maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor bertanya : " Bagaimana pula dengan ipar-duai ? " . Jawab Baginda s.a.w : " Ipar-duai itu sendiri adalah MAUT " )) . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh ( 9 / 5232 ) dan al-Imam Muslim rh ( 4 / 2172 ) . Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ( 4 / 149 ) dan al-Imam at-Tirmidzie rh ( 3 / 1171 ) serta al-Imam as-Suyuthi rh ( Al- Jamie? as-Soghir : 2905 ) . 



SOALAN: Saya ingin tahu batas-batas aurat lelaki dan wanita ketika berada di hadapan umum. Bagaimanakah aurat wanita Islam ketika bersama-sama wanita bukan Islam dan ketika berada di hadapan lelaki yang mahram dan bukan mahram? Saya begitu keliru kerana ada berbagai-bagai corak dan bentuk pakaian wanita Islam pada hari ini. Antara mereka ada yang memakai tudung kepala, tetapi masih memakai kemeja-T dan seluar jeans. Harap tuan nyatakan juga yang mana satu pakaian Islam yang memenuhi ciri-ciri Islam sebenarnya.
Jawapan: Islam tidak pernah menentukan fesyen atau bentuk pakaian yang diberi nama pakaian Islam. Islam menerima semua fesyen dan reka bentuk pakaian asalkan pakaian itu menutup aurat dengan sempurna dan tidak membangkitkan nafsu seks sama ada lelaki atau wanita.
Saya pernah menyebutkan dalam siri tulisan saya terdahulu dalam ruangan ini, pakaian Melayu seperti kebaya labuh, baju kurung, sarung dan seluar besar boleh diterima sebagai pakaian yang memenuhi keperluan menutup aurat menurut kehendak Islam.
Kemeja-T dan seluar yang terlalu ketat sehingga kelihatan bentuk badan dan pakaian yang terlalu nipis, tidak boleh dianggap pakaian Islam kerana ia tidak mampu menutup aurat dengan sempurna. Demikian juga pakaian yang bertulis kata-kata yang tidak manis disebut seperti I Love You, Kiss Me dan sebagainya, tidak sesuai dipakai sama ada oleh wanita atau lelaki Islam, kerana tulisan itu memberi erti yang negatif dan bertentangan dengan nilai-nilai dan adab sopan Melayu dan Islam.
Aurat wanita Islam yang wajib ditutup supaya tidak dilihat lelaki yang bukan mahram dan juga wanita yang bukan muslim ialah seluruh badannya, kecuali muka, dua tangan dan dua tapak kaki .
Dalam surah al-Nur, ayat 30-31 menyatakan batas-batas aurat dan perhiasan yang harus dan tidak harus dibuka. Menurut tafsir Ibn Abbas, muka dan dua tapak tangan atau disebutnya sebagai perhiasan zahir dikecualikan daripada anggota badan yang wajib ditutup. Perhiasan batin iaitu telinga, leher, rambut, dada, dua lengan dan betis hanya harus dibuka ketika di rumah atau ketika berada di hadapan keluarga terdekat iaitu bapa, anak-anak, ibu bapa mentua dan adik-beradik.(kandung).
Anggota yang lebih sulit seperti belakang, perut, kemaluan dan paha, tidak harus dibuka sama sekali, sekalipun di hadapan keluarga terdekat atau sesama wanita, sama ada Muslim atau bukan Muslim, kecuali kepada suami sahaja yang diizin melihat seluruh anggota isterinya.Dengan kata lain, aurat wanita dari segi tempat terbahagi dua iaitu di dalam dan di luar rumah. Di dalam rumah ketika di hadapan mahram, tidak wajib ditutup anggota-anggota leher, rambut, lengan dada, betis dan perhiasan yang dipakai pada anggota-anggota itu.                                    Ketika di luar rumah pula, biasanya wanita lebih terdedah kepada orang ramai, dia hanya harus membuka muka dan tangan.Hukum ini difahami daripada firman Allah yang bermaksud: Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan orang perempuan yang beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya, semasa mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan-perempuan yang baik. – (al-Azhab: 59).
Wanita yang sudah lanjut usia atau disebut dalam al-Quran al-qaqaid min al-nisa, iaitu wanita yang tidak berminat lagi untuk berkahwin atau tidak lagi diminati lelaki, mereka harus membuka sebahagian pakaian luar yang menutup badannya, tanpa memakai perhiasan yang berlebihan kerana dibimbangi keselamatan mereka terancam atau diganggu.Hukum ini dijelaskan dalam surah al-Nur, ayat 60 yang bermaksud: Mana-mana perempuan tua yang telah putus haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi, maka tidak ada salahnya mereka meninggalkan pakaian luarnya, tanpa bertujuan mendedahkan perhiasan.Namun jika mereka tetap mempertahankan penutupan aurat dengan lebih sempurna, ia adalah lebih baik dan menjamin keselamatan mereka. Saya berpendapat wanita tua ada baiknya juga memilih hukum yang dilonggarkan itu serta menerima keterbukaan Islam dalam soal aurat dan cuba merealisasikan hikmah yang tersirat di sebaliknya, seperti merapatkan hubungan orang tua dengan masyarakat sekitar dan lain-lain.Aurat wanita sesama wanita pula ialah seluruh badan kecuali kawasan antara pusat dan lutut. Kawasan ini haram dilihat atau didedah, sekalipun tanpa berlaku fitnah yang dibimbangi.
Batas-batas aurat lelaki pula, ulama sepakat menyatakan kemaluan hadapan dan belakang merupakan aurat mughallazah (keras) yang wajib ditutup. Saya berpendapat majoriti masyarakat Islam Malaysia yang berpegang kepada mazhab Syafie pada umumnya masih belum dapat menerima pendedahan paha bagi kaum lelaki.Walaupun sebelum ini beberapa pasukan beruniform mengenakan pakaian seluar pendek seperti polis dan kanak-kanak sekolah. Pakaian itu kini bertukar kepada seluar panjang, kerana masyarakat Islam dan budaya Melayu tidak dapat menerima pendedahan paha kepada umum.

Aurat Dalam Islam Dan Batasannya

Untuk menjaga syariat ini pada semua aspeknya,Syariat islam telah mengharamkan zina yang boleh menuju ke kemuncak kerosakan sesuatu kehormatan, sehingga syariat islam telah melarang dan menutup semua punca yang akan mendorong kepada penzinaan dan mjenegah semua perantaraan yang mendorong kearah perbuatan maksiat.
BahagianPertama:Ta'rif Aurat
Bahagian Kedua :Batasan Aurat Lelaki Dan Perempuan
Bahagian Ketiga :Perbincangan Berkenaan Dengan Hukum Bersalaman Diantara Lelaki Dan Perempuan.(Fatwa Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Bahagian Pertama:Ta'rif Aurat

Dari segi bahasa membawa maksud kekurangan, Dari segi istilahnya pula, apa-apa yang wajib ditutupnya dan apa-apa yang haram untuk dilihatnya (anggota badan).
Dalil yang mewajibkan bagi menutup aurat:

(يَابَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلاَ تُسْرِفُوا إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ) (الأعراف: 31).
Maksudnya:( Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid 
[534]534, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan [535]535. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.)

Ibnu Abbas mentafsirkan perkataan زِينَتَكُم sebagai pakaian bagi menutup aurat dan dalil tersebut juga digunakan untuk mewajibkan menutup aurat.
Dan bersabda lagi Rasullulah (S.A.W):

(يا أسمأ, ان الامرأة اذا بلغت المحيض, لم يصلح أن يرى منها الا هذا وهذا, وأشار الى وجهه وكفيه)

Maksudnya:( Wahai Asma' Sesungguhnya apabila seseorang perempuan telah baligh, Tidak boleh diperlihatkan ini dan ini. Sambil mengisyaratkan kearah muka dan tapak tangan.)

Dan sememangnya telah bersepakat ulama' wajib menutup aurat bagi wanita secara mutlak.didalam sembahyang dan selainnya.

Syarat –Syarat bagi menutup aurat:

1.Wajib menutup aurat dengan menggunakan kain yang tebal (tidak terlalu nipis): Maka wajib menutup dengan menggunakan kain yang berwarna jelas (tidak warna yang seolah-olah menampakkan tubuh atau warna kulit).
Mazhab Syafie berpendapat:

2.Syafieyyah dan Hanabalah mensyaratkan: Pakaian yang menutup aurat itu perlulah secara menyeluruh (tidak ada lubang-lubang atau yang sebagainya). Dan ini bermakna tidak memadai hanya dengan berkain tebal dan berwarna jelas.
3.Dan perlu juga menutup pada bahagian sisinya (disebalah kanan dan kiri).

Bahagian Kedua:Batasan Aurat

Lelaki: Bermula dari pusat hingga ke lutut.
Ini berdalilkan hadis :
حديث الدارقطني وأحمد وأبي داود عن عمرو بن شعيب عن ابيه عن جده قال:(ما دون سرته حتى يجاوز ركبته)

Maksudnya: (Diantara benda (aurat) yang tidak boleh (dilihat) ialah dari pusat sehingga lutut.)
Perempuan dan khunsa: Keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tapak tangan termasuk juga rambut.

Ini berdalilkan firman Allah Taala:

(وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوْ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الإِرْبَةِ مِنْ الرِّجَالِ أَوْ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ) (النور: 31).

Maksudnya: (Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung).

Perhiasan yang (biasa) nampak daripadanya iaitu apa yang zahir daripadanya (muka dan kedua tapak tangan).Keseluruhan ulama bersepakat suara wanita bukanlah aurat, Ini berdasarkan tindakan para sahabat sendiri mendengar perkara yang berkaitan dengan agama daripada para isteri Rasullulah (S.A.W). Akan tetapi haram mendengar suara wanita yang dilenggok-lenggokkan atau dilembutkan dengan tujuan untuk menggoda yang boleh membangkitkan nafsu.

Bahagian Ketiga :Perbincangan Berkenaan Dengan Hukum Bersalaman Diantara Lelaki Dan Perempuan.

Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi, permasalahan hukum berjabat tangan diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim merupakan masalah yang amat penting dan untuk memutuskan hukumnya bukan semudah yang disangka. Ianya memerlukan kesungguhan dan pemikiran yang tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir luaran yang akan menjerumus kepada mengikut hawa nafsu semata-mata.

Berdalilkan sabda Rasulullah (S.A.W):
عن أميمة بنت رقيقة, قال (ص) (انى لا أصافح النسأ) - رواه الموطأ والترمزي والنسائى

Maksudnya:Dari Umaimah binti Raqiqah, bersabda Rasulullah (S.A.W) (Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita)

-Dibolehkan berjabat tangan dengan wanita tua yang sudah tidak punya ghairah terhadap lelaki, samalah hukumnya terhadap kanak-kanak yang belum mempunyai nafsut terhadap lelaki, kerana berjabat tangan dengan mereka itu aman dari sebab-sebab fitnah. Begitu juga bila lelaki sudah tua dan tidak punya ghairah terhadap wanita.

Hal ini berdasarkanpada riwayat dari Abu Bakar r.a bahawa beliau pernah berjabat tangan beberapa orang wanita tua. Dan Abdullah bi Zubair mengambil pembantu wanita tua untuk merawatnya, adakalanya wanita tua itu mengusapnya dengan tangannya dan membersihkan kepalanya.

Dan ini juga berdasarkan dalil daripada firman Allah Subhanahuwataala:

(وَالْقَوَاعِدُ مِنْ النِّسَاءِ اللاَّتِي لاَ يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيم)ٌ (النور: 60).

Maksudnya: Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (Maksudnya: pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.

Hukum Bersalam Lelaki Dengan Wanita Ajnabiyah Yang bukan Muhrim

Hukum Bersalam Lelaki Dengan Wanita Ajnabiyah Yang bukan Muhrim

Ramai dikalangan pengaku ustaz apabila terbersalam dengan wanita di hadapan khalayak ramai, kemudian ditanya bukankah bersalam dengan mereka itu haram? cepat-cepat dia akan menjawab.."alaa boleh dalam mazhab lain" atau "ada ulama kata boleh" atau "untuk tidak mengaibkan dan tidak memalukan perempuan itu maka boleh bersalaman" dan sebagainya dari puluhan alasan lagi yg hakikatnya tidak bertepatan dengan sunnah Rasulullah langsung. Amat malang mereka itu sering pula melaungkan Sunnah! Ittiba'us Sunnah dan pelbagai lagi men-declare diri sebagai pengikut Sunnah Nabi. Sedangkan Nabi tidak pernah bersalaman dengan wanita ajnabiyah bukan muhrim bahkan dalil sunnah menunjukkan ia haram.


 
APA DALIL BERSALAMAN LELAKI-WANITA ITU HARAM?

Kita dalam membicarakan hukum bersalam ini antara lelaki yang sudah dewasa dengan wanita bukan muhrim yang sudah dewasa bukan dan tidak membicara hukum bersalaman dengan wanita tua sesangat atau budak perempuan yang masih kecil. Perlu diberi perhatian.
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatuna Aisyah mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah berkata: " Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'ah mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'ah kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Hadith di atas amat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim walaupun mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rasulullah, rasulullah tidak menyambut mereka dengan bersalaman tetapi Rasulullah bersalam pula dengan lelaki iaitu para sahabat lelaki yang membai'ah baginda dengan cara bersalaman.

Dari ini membuktikan sunnah Rasulullah sekiranya berlaku pada kita wanita yang bukan muhrim menghulur tangan untuk bersalaman dengan kita atau lelaki bukan muhrim menghulur tangan kepada wanita itu bersalaman maka sunnah dan terbaiknya adalah kita TIDAK menyambut dengan bersalaman tetapi dengan memberi isyarat lain atau mengucapkan salam atau selamat kepadanya sahaja tanpa bersalam.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata: "Maksud ucapan Rasulullah: "Benar-benar telah bai'ah kamu dengan ucapan." Adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.

Dari Abdullah bin Amr bin al-Asr. berkata: "Rasulullah tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Dalil kedua,Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan.”(HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)

Dari Ma’qil bin Yasaar katanya, “Rasulullah telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah menyentuh; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”

Rasulullah juga bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)” (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid).Dalil-dalil di atas amat menunjukkan pengharaman bersalam lelaki dengan wanita yang bukan muhrim.


 
BENARKAH ADA DALIL MENGHARUSKAN PERSALAMAN LELAKI-PEREMPUAN?

 Mereka yang beria-ia sangat mempertahankan hukum bersalaman lelaki-wanita sering mengunakan hujjah yang mereka sendiri palsukan. Mereka mempergunakan beberapa hadith yang menyebut nabi memberi salam kepada sahabiyah. Amat malang hadith tersebut terang-terang menunjukkan nabi memberi salam dan BUKAN BERSALAMAN dengan wanita. Ya, dalam islam diharuskan kita memberi salam kepada muslimah dan DIHARAMKAN kita bersalaman dengan wanita.
  
Hakikatnya tiada langsung dalil yang mengharuskan hukum bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah yang bukan muhrim ini bahkan Rasulullah sebagai ikutan kita tidak pernah melakukannya. Amat sedih golongan pengaku sebagai pengikut Sunnah tidak menghidupkan sunnah Nabi, Nabi tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim.

Amat sedih lagi mereka itu mengharamkan bersalaman antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita selepas solat berjemaah kononnya atas dasar bid'ah masuk neraka tetapi MENGHALALKAN pula persalaman antara wanita dengan lelaki dan lelaki dengan wanita. Ini membuktikan dakwaan mereka sebagai Salafi, Ittiba'us Sunnah dan lain2 lagi hakikatnya adalah tipu helah pengkhianat Sunnah sebenar!!!.


 
KALAU WANITA TU (bkn islam/kafir ) HULUR TANGANDAHULU KITA BOLEH SAMBUT?

Jawapanya sudah pasti tidak boleh, haram hukumnya walaupun wanita ajnabiyah itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kita dihadapan khalayak ramai sekali pun, haram bagi wanita itu dan haram bagi lelaki menyambut tangannya untuk bersalam, samaada tanpa bernafsu atau tidak, terselamat dari fitnah atau tidak ianya adalah tetap HARAM.

Soalan ku lontarkan kepada pemuka sunnah yang palsu. Nabi bersalaman (berjabat tangan) dengan perempuan yang bukan muhrim ke tidak?!
Ketahuilah bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan.” (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)

Mana laungan sunnah kamu semua?! kamu sanggup bertasamuh dan bertolak ansur dalam isu persalaman wanita-lelaki dan perkara lain yang sejalan dengan hawa nafsu kamu tetapi pada masa yang sama kamu kafirkan orang buat maulid dan menetapkan mereka ahli bid'ah masuk neraka!
Kamu marah orang berzikir nama Allah beramai-ramai pada masa yang sama kamu biarkan tarian bogel beramai-ramai dari kalangan 'anak'anak' kamu sendiri!

Wallahi! dakwaan kamu kononnya bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah bukan muhrim ini harus merupakan kepalsuan yang tidak berdalil dan tidak berfakta!

 

Berikan dan sampaikan salam, jawab salam, bersalamanlah diantara yang halal bukan yang haram. Sesungguhnya bersalaman lelaki dengan perempuan itu adalah haram...

Soalan 1: Apakah hukum seorang isteri bersalaman dengan bapa saudara suaminya?.

Jawapan
: Bapa saudara suami bukan mahram kepada isteri. Oleh itu mereka tidak harus bersalaman..


Soalan 2: Apakah Hukum bersalam dengan sepupu berlainan jantina?

Jawapan: Mahram terbahagi kepada 3 iaitu mahram disebabkan keturunan, disebabkan perkahwinan dan disebabkan persusuan. Sepupu adalah anak kepada mak dan bapa saudara kita samada sebelah ayah atau mak kita. Biarpun daripada keturunan yang sama, hukum Islam menetapkan sepupu adalah bukan mahram, dan seorang lelaki boleh berkahwin dengan sepupu perempuannya. Maka, dia tidak boleh bersalam dengan sepupu perempuannya itu, malah batal wudhuknya dengan persentuhan kulit. Sepupunya itu juga kenalah menutup aurat sama seperti menutup aurat dengan lelaki ajnabi yang lain.
Fatwa al-Qardhawi menjelaskan: (kesimpulan dari fatwa beliau yg panjang dalam isu berjabat salam dgn perempuan, sila rujuk fatwa muasirat belia, terbitan pustaka salam Jld 5/6)

1. Harus berjabat salam bila bebas dari fitnah. Jika ada fitnah dan unsur berahi, maka ia haram. (maka bersalaman antara lelaki muda dgn perempuan tua yang sudah menopaus kemungkinan bebas dari fitnah dan tiada rangsangan seksualiti)

2. Berjabat salam hendaklah terhad pada keadaan dan keperluan. Contoh sesama keluarga dan menasabah yang diperlukan seperti ketika berlakunya musibah atau kecelakaan yang menimpa.

3. Tidak memulai terlebih dahulu, maksudnya salam itu dicetuskan oleh orang lain, kita sekadar menyambut utk menjaga maruahnya.

4. hukum bersalaman antara gender ini bukan hukum umum terbuka utk semua orang, ia hanya kepada sesiapa yang terdesak dan memerlukan hukum ini. Ia hendaklah diamalkan dengan waspada. 

Aurat dengan isteri bapa saudara

SOALAN3:ASSALAMUALAIKUM USTAZ,SAYA INGIN DAPATKAN KEPASTIAN TENTANG BATASAN AURAT DAN HUKUM BERSENTUH TANGAN ANTARA ISTERI DENGAN ANAK SAUDARA LELAKI SEBELAH SUAMI.
SAYA RASA RAMAI YANG MENGANGGAP APABILA NAMANYA “ANAK SAUDARA’, TAK SALAH BERSALAM DENGAN MEREKA WALAUPUN SEBENARNYA YANG DIKAHWINI HANYALAH LELAKI YG MENJADI SUAMI BUKAN ANAK SAUDARA MEREKA. SEOLAHNYA SELURUH KELUARGA SUAMI SECARA AUTOMATIK MENJADI MAHRAM BG ISTERI TERSEBUT.BETUL ATAU TIDAK PANDANGAN SAYA INI?

JAWAPAN:Assalamu alaikum,Apabila seorang wanita berkahwin dengan seorang lelaki, yang menjadi mahramnya hanyalah suaminya, bapa suaminya (yakni mertua), datuk suaminya, anak suaminya (yakni anak tiri), cucu suaminya (termasuklah cicit). Adapun orang lain iaitu adik atau abang kepada suaminya (yakni adik/abang ipar), anak saudara kepada suaminya, bapa saudara suaminya dan sebagainya mereka tetap ajnabi dan wajib ia menutup aurat di hadapan mereka kecuali batasan yang dibenarkan untuk dibuka iaitu muka dan tangan.Wallahu a’lam.

Soalan4: Apakah hukum jika anak saudara lelaki bersalam dengan isteri bapa saudaranya? sila nyatakn jawapan bersama dalil.

Jawapan: Seorang wanita yang bersentuh kulit dengan anak saudara lelaki suaminya adalah batal wuduk dan juga bersalam tidak dibolehkan.

Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).

Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah.
.

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya