Wednesday, June 22, 2011

ERTI SEBUAH KEHIDUPAN

Bismillahhirrahmanirrahim..Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Alhamdulillah, Allah memberikan aku kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini lagi.. aku bersyukur kepadaMu... 

hari ini rasa teringat kat kampung halaman..rindu sangat kat mak, abah dan adik-beradik di kampung.. walaupun baru ja call mak semalam,.alangkah indahnya dapat merasa udara yang segar di kampung, dapat melihat keindahan sawah padi, pokok-pokok,...rindunya nak makan nasi dengan pekasam..pas tu ada ulam putat ka, gajus ka, kangkung bersama cabai atau sambal belacan..erm, sedapnya...pas tu makan ikan rebus.. 

bila la nak balik rumah ya..lambat lagi..dok jauh daripada family mengajarku erti berdikari... mengajarku erti untuk menghargai orang di sekeliling dan menghargai erti sebuah kehidupan realiti.. kerana kehidupan realiti tak seindah mimpi..ia lebih mencabar dan memerlukan kita untuk menerokainya... banyak benda yang aku belajar apabila kerja... sebelum ni hanya belajar di dewan kuliah dan menganjurkan program sahaja.. cuti sem ni ambil peluang kerja pulak... cari pengalaman la katakan... 

terima kasih mak dan abah kerana banyak mengajar anakmu ini untuk berdikari.. kasih sayang yang mak dan abah berikan sangat dihargai...sehingga kini mak  dan abah masih memanggilku adik walaupun aku mempunyai dua orang adik lagi...macam-macam nama panggil dalam keluarga.. da yang panggil dik ta, kak siti, kak ita, ta, shita,..cuma tak da orang panggil "sha"..erm, kalau da orang panggil "sha", maka lengkaplah namaku jika digabungkan nama-nama panggilan...he3

walaupun dok berjauhan daripada family dan orang tersayang, aku bersyukur kerana masih ada yang mengambil berat tentang diriku...terima kasih buat sahabat-sahabat yang selalu memberi dorongan dan bersamaku ketika susah dan senang...kak as, terima kasih tumpangkan bilik dan berkongsi bantal denganku... he3...shita dah anggap kak as macam kak shita..kak selalu ambil berat pasai shita..terima kasih akak.. buat wani yang selalu menjadi tempatku untuk berkongsi masalah dan selalu mendengar celotehku, terima kasih ya.. maaf kalau selalu menyusahkan hang...persahabatan kita selama dua tahun di ukm ni amat aku hargai.. aku bersyukur mendapat sahabat sepertimu.. terima kasih juga kepada sahabat baikku aisyah dan hidayah... sahabat daripada form 1 hingga form 6...dan sahabat di ukm.. Allah makbulkan doa kita untuk sama-sama belajar di ukm ini..aku dah anggap hampa berdua cam family aku... terima kasih juga kat farhani yang sudi menjadi sahabatku dan menjadi adik yang baik..he3.. maaf kalau da menyusahkan... dan juga tak dilupakan terima kasih kepada syahirah ahmad, syaza, asiyah, aziela dan sahabat-sahabat yang begitu mengerti akan diriku.... 

kadang-kadang kita bertanya kenapa Allah kenapa tak berikan apa yang kita minta dan Allah berikan benda lain.. tapi aku bersyukur kepada Allah, kerana Allah tak berikan apa yang aku mahukan tapi Allah berikan apa yang aku perlukan...Allah Maha Mengetahui apa yang hambaNya perlukan..jadilah kita hamba yang selalu bersyukur kepadaNya... perjalanan hidupku masih jauh...banyak perkara yang perlu aku lalui dan tempuhi dalam kehidupan yang kan datang..semoga Allah teguhkan hatiku dan langkahku untuk terus berjihad di jalanNya kerana aku yakin Allah sentiasa bersamaku, insyaAllah.






2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam
    Yg terbaik hnya Allah yg tahu...
    Wallahualam.
    Ana singgah tinggalkan fingerprint kat sini
    (^^)v

    ReplyDelete