Photobucket

Monday, June 27, 2011

KEM REMAJA PERKASA



Bismillahhirrahmanirahim.... dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Assalamualaikum semua.... alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk aku bernafas lagi di atas muka bumi ini.. aku bersyukur kepadaMu ya Allah..

KEM REMAJA PERKASA!!! Alhamdulillah saya baru selesai menyertai Kem Remaja Perkasa yang diadakan pada 24-25 Jun 2011 di SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang...

23 Jun (11 malam) - "beep, beep, beep"..Salam, dijemput untuk menjadi fasilitator di SMK SAAS..peserta 40 orang pelajar hardcore... apabila selesai membaca mesej terfikir sejenak.. pelajar hardcore??? wah, kena jadi fasilitator untuk pelajar pandai ke?? xpe, cuba la dulu..sekurang-kurangnnya dapat berkongsi ilmu yang berguna dengan adik-adik SMK SAAS dan dapat pengalaman...justeru itu rasa terpanggil untuk menjadi fasilitator...terus menghubungi Asiyah dan mengajaknya untuk turut serta ke program itu... alhamdulillah Asiyah memberikan respon yang baik..


Asiyah Yusra

24 Jun (7 malam) - alhamdulillah sampai juga di SMK SAAS... apabila melihat peserta-peserta Kem Remaja Perkasa, kami mula bertanya cikgu.. hardcore ini budak-budak pandai ke cikgu?? cikgu menjelaskan bahawa pelajar yang di gelar hardcore ialah pelajar yang bermasalah di sekolah tersebut..semua peserta program tersebut merupakan pelajar tingkatan dua..mereka ini dipilih untuk menyertai kem ini berdasarkan tahap disiplin mereka yang kurang memuaskan...saya dan Asiyah menganggapnya sebagai cabaran untuk kami membina semula keyakinan adik-adik tersebut untuk menjadi seorang insan berakhlak pada ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan masyarakat...insyaAllah kami akan cuba membantu adik-adik tersebut..

selepas itu kami ke surau untuk solat berjemaah beramai-ramai..tiba-tiba kami melihat seorang guru sedang memarahi pelajar-pelajar lelaki yang sukar di kawal dan keluar surau secara berjemaah serta memanjat tiang dan sebagainya...apabila ditanya mereka kenapa berkelakuan sedemikian, mereka menjawab "kami teruja dan excited join program ni"...aik, tak kan excited sampai macam tu??? pelik sungguh jawapan yang diberi.. he3..



selepas solat maghrib dan insyak secara berjemaah, ada ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz SMK SAAS..ceramah tersebut ialah tentang asal kejadian kita dan bagaimana kita nak menjadi hamba Allah yang taat..selain itu kita harus mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah...ustaz juga menyentuh tentang soal hati..dalam badan kita ada seketul daging yang dinamakan hati..jika baik daging tersebut, maka baiklah amalnya, dan jika buruk daging tersebut, buruklah amalnya..

selepas itu, ketua fasilitator mengendalikan program tersebut...peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing iaitu 4 kumpulan...satu kumpulan terdiri daripada 12-14 orang peserta.. modul 1: kotak beracun..mengenal kelemahan dan kelebihan diri sendiri serta mensyukuri apa yang diberikan Allah s.w.t kepada hambaNya...modul 2: kawad ala tentera sehingga jarum jam menunjukkan angka satu pagi..



25 Jun - bangun seawal 5.00 pagi untuk Qiamulail...selepas itu solat subuh berjemaah.. makan, senamrobik dan rehat.....selepas itu peserta dipecahkan dalam kumpulan masing-masing..modul 3: hijrahkan diri kita.. mudul 4: sharing is caring (slot muhasabah)...

RUMUSAN KEM REMAJA PERKASA

mula-mula sekali, apabila melihat para peserta yang ceria dan nakal mula terfikir, adik-adik ni nakal ja mungkin tak ada masalah kot...tapi selepas cikgu memberitahu yang adik-adik ini ialah pelajar yang selalu keluar masuk bilik kaunseling dan selalu melakukan kesalahan disiplin, kami menganggapnya mungkin ia perkara biasa bagi pelajar yang melanggar disiplin sekolah...

selepas sesi taaruf, kami mula menyesuaikan diri menjadi fasilitator kumpulan masing-masing.. adik-adik ini hanya mendengar dan sekali-sekala memberi pendapat apa yang dibincangkan... apabila sudah serasi, tergambar di wajah adik-adik ni cam ada sesuatu yang ditanggung oleh mereka... maka, para fasilitator berbincang supaya mengadakan modul "sharing"..lebih kurang slot pengongsian dan muhasabah diri... apabila diminta adik-adik meluahkan apa yang terpendam di hati, barulah adik-adik ni menitiskan air mata... saat itu, aku pun menitiskan air mata apabila mendengar cerita mereka dan luahan hati mereka kenapa mereka menjadi begitu atau faktor-faktor yang menyebabkan mereka menjadi begitu...kebanyakkannya berpunca daripada masalah keluarga...

adik-adik tersebut mempunyai keinginan untuk berubah menjadi seorang insan yang lebih baik, berakhlak, beriman kepada Allah, berbakti kepada ibu bapa dan guru,...mereka juga berharap dapat mengubah diri mereka selepas balik daripada kem ini...tapi apa yang menjadi penghalang kepada perubahan mereka ialah apabila orang sekeliling tidak memberikan galakan dan tidak menghargai perubahan yang ingin mereka lakukan... mereka sedar yang ibu bapa mereka menghantar mereka ke kem ini adalah untuk mereka berubah menjadi anak yang lebih baik, tetapi apa gunanya jika ibu bapa masih lagi tidak berubah sikap iaitu menyalahkan anak-anak mereka, mendera, bergaduh dan sebagainya... kesan daripada sikap ibu bapa tersebut tanpa disedari telah menyebabkan anak-anak terabai, dan kekurangan kasih sayang serta menjadi mangsa keadaan...dalam hal ini siapakah yang patut dipersalahkan?? adakah salah anak-anak yang mula terjebak dengan gejala negatif atau pun sikap ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab???

justeru, kami sedaya upaya menolong adik-adik tersebut untuk berubah dengan mengembalikan keyakinan kepada mereka, memberi nasihat dan mengadakan modul yang sesuai untuk membentuk jati diri mereka.. di samping itu menekankan bahawa solat itu penting serta menjelaskan bahawa setiap masalah yang berlaku adalah ujian Allah kepada hamba-hambaNya untuk melihat sejauh mana kita menjadi hamba yang bersyukur dan bertakwa...


harapan kami ialah semoga adik-adik menjadi insan yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara.. taatlah dengan perintah Allah dan tinggalkanlah laranganNya...teruskan mengejar cita-cita adik untuk berjaya di dunia dan di akhirat.. lakukan perubahan adik-adik dengan niat kerana Allah s.w.t.. hanya adik-adik yang boleh merubah diri adik-adik menjadi yang lebih baik...kami, sentiasa mendoakan adik-adik.. semoga kita bertemu lagi di masa akan datang, insyaAllah.


No comments:

Post a Comment