Photobucket

Tuesday, August 24, 2010

AKIBAT MENYEBARKAN FITNAH

Di Madinah, ada seorang lelaki yang mempunyai seorang adik perempuan yang sedang sakit tenat. Lelaki itu pulang ke kampung apabila diberitahu mengenai adik perempuannya yang sedang sakit sakit. Lelaki itu tinggal di kampung sehingga adiknya meninggal dunia.

Selepas selesai mengebumikan adiknya, dia pun pulang ke rumah. Tiba-tiba, lelaki itu teringat beg duitnya tertinggal di dalam kubur adiknya. Lalu dia mengajak kawannya pergi bersama-sama ke kubur. Lelaki itu meminta tolong kepada kawannya bagi menggali kubur adiknya. Kawannya segera menggali kubur itu.

Lelaki itu pun bertanya kepada kawannya, "Bagaimanakah keadaan adikku di dalam kubur itu?"

Kawannya pun menggali lagi kubur tersebut. Tiba-tiba mereka melihat ada api menyala keluar dari kubur tersebut. Lelaki itu pun segera pulang ke rumahnya dan bertemu dengan ibunya.

Lelaki itu bertanya kepada ibunya, "Wahai ibuku, bolehkah ibu ceritakan perbuatan yang tidak baik yang sudah adikku lakukan?"

Ibunya berkata, "Adikmu itu suka pergi ke rumah jiran dan menceritakan keburukan orang lain. Dia suka menyebarkan fitnah."

##############################################

Cerita ni dipetik dari sebuah buku, sekadar untuk berkongsi dan sama2 mengambil iktibar..mohon keampunanNya,,Nauzubillah..

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian." (Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadis hasan dalam kitab sahih Jami' Shagir - 5235)

No comments:

Post a Comment