Photobucket

Sunday, October 23, 2011

Cintaku Hanya Untuk Si "dia"

Bismillahhirrahmanirrahim... segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum kepada semua pelawat blog Raudatul Mahabbah. Semoga semuanya sihat dan dapat menjalankan ibadah dengan baik. Mesti ada yang nak tahu kan bila membaca tajuk di atas (Cintaku Hanya Untuk Si "dia"). Sebenarnya hanya gimik ja..hehehe...erm, hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang satu perkara yang kita selalu pandang ringan dan abaikan serta menyebabkan kita lalai untuk melakukannya. Tentang solat. Ini sekadar perkongsian ilmu yang saya dapat dalam Bengkel Amali Solat yang disampaikan oleh USTAZ KASNAN HASAN, pensyarah Pusat Pengajian Umum (PPU) UKM dan merupakan penulis buku Mari Memahami dan Menghayati BACAAN SOLAT ataupun  RAHSIA KUSYUK, kemanisan bersolat, solat berkualiti. Kita selalu dengar SOLAT itu TIANG AGAMA kan? Tapi kalau tiang kita rapuh macam mana kita nak bina rumah. Begitu juga dengan agama Islam. Jangan kita hanya tahu mempersoalkan perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa sahaja tetapi tanya diri kita adakah solat kita sekadar ikut-ikutan atau untuk belajar kerana jika solat hanya sekadar ikut-ikutan maka ia hanya sia-sia sahaja. Kita kena ingat SOLAT adalah perkara pertama yang dihisab di akhirat nanti. Saya tertarik dengan kata-kata ni ‎"kekuatan AGAMA dalam diri akan mendorong insan mengamalkan SYARIAT". Kekuatan agama itu ialah 
pemahaman dan penghayatan kita ketika melakukan ibadah solat. Justeru itu, saya ingin kongsikan ilmu yang saya dapat dengan sahabat-sahabat sekalian. Jika saya salah, sila perbetulkan ya..(^_^)




1. Manusia dan solat
- Dijadikan Allah untuk menjadi hambaNya
- Menunaikan segala yang disuruh
- Meninggalkan segala yang dilarang
- Akan dihisab dan menerima ganjaran baik/balasan azab

2. Asas Pengabdian
- Pengabdian adalah bentuk amali
- Pengetahuan tidak memadai tetapi memerlukan praktikal
- Kekuatan AGAMA dalam diri akan mendorong insan mengamalkan syariat
- Setiap insan wajib membina AGAMA dalam diri

3. Asas Agama
- Allah Maha Adil lagi Penyayang
- Syariatkan ibadah/ rukun Islam sebagai tiang binaan agama
- KEWAJIPAN setiap orang
- Tonggak (puasa, zakat, haji) adalah solat

4. Solat yang bagaimana?
- Sempurna zahir dan batin
- Perbuatan; syarat; wudhuk
- Bacaan: tajwid dan sifat huruf
- Batin: HATI dan FIKIRAN

5. Kesempurnaan batin dalam solat
- Kehadiran hati
- Memahami makna
- Rasa gerun dan takut
- Harap
- Ta'zim
- Malu

6. Kesempurnaan batin bergantung kepada MEMAHAMI MAKNA bacaan
- Solat adalah munajat
- Permintaan dan permohonan
- Ikrar
- Pujian dan ta'zim

p/s: sesiapa yang nak beli buku di atas boleh bagi tahu saya

(Solat 1....bersambung)

No comments:

Post a Comment