Photobucket

Friday, November 5, 2010

DILEMA CINTA ILAHI


Bismillahirrahmanirrahim.
Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah ku selami
Namun geloranya tetap sama

Oh Tuhan dimanakah cinta Mu
Oh Tuhan dimanakah rindu Mu
Dan ke manakah redha Mu
Ke manakah restu Mu

Dilema cinta ini merunsingkan hatiku
Ku mengharapkan cinta Mu Ilahi
Dilema cinta ini merunsingkan hatiku
Harapku dapat langkah dari Mu

Di corong radio, kedengaran sayup-sayup irama nasyid yang berdendang namun hati yang sedang amuk sukar benar menghayati bait ayatnya. Di dalam hati hanya ada kesakitan yang luar biasa, di dalam jiwa hanya ada kekacauan yang dahsyat dan di akal warasnya telah diputarkan 180 darjah ke belakang sehingga tidak mampu untuk mentafsirkan apa yang berlaku dengan baik. Di persimpangan rasa dan timbangan iman yang bersisa, Firdaus menghembuskan nafas yang berat.

"Ya Allah...!!!"

Jeritannya bergema entah kali ke berapa. Kepalanya berdenyut, rentak jantungnya tidak lagi bergema ria tetapi berdentum seperti guruh.

"Ya Allah...!!!"

Jiwa lelaki yang bersalut kegagahan fizikal akhirnya tumpas hanya di tangan seorang wanita. Penahan cinta seorang wanita, bisa meruntuhkan tembok iman sang lelaki dan berkuasa juga menjatuhkan maruah diri seorang lelaki. Sabda Rasulullah itu benar bahawa tiada fitnah (ujian) di dunia ini selepas kewafatan beliau selain fitnah (ujian) dari wanita. Di dalam al-Quran juga, Rabbul Jalil menukilkan betapa hebatnya tipu daya seorang wanita.

"Ya Allah...!!!"

Suhu badannya naik mendadak, resah di hati dan relau jiwanya menatijahkan kesihatan yang tergelincir dari landasan. Mundar mandir ke kiri dan kanan, depan dan belakang. Talifon bimbit di campak ke sisi, mujurlah asma' Ilahi bergema berselang seli dengan rungut pada hati, untung juga kalam-kalam Nya bermain di layar kornea saat buntang mata mahu menerkam mangsa yang hanya berjarak beberapa meter.

3 hari sembilu menusuk hatinya, rasa yang tidak berkurang dan tiada yang membantu untuk mengikis segala yang menyiksa. Saat azan Asar berkumandang, hati bersuara sepi melihat sang murabbi di dalam masjid. Murabbi yang garang di matanya namun murabbi tersebut sangat prihatin terhadap anak-anak muridnya, wajah yang tenang namun tegas.

Usai solat Asar berjemaah, sang murabbi bertadabbur al-Quran di ruang masjid. Firdaus mendekat, duduk di sisi murabbi.

"Ustaz, ana geram betul."

"Ha... ermh, kenapa ni?" Murabbi masih menghayati kalam Ilahi di tangan.

"Ana sakit hati sangat."

"Ha... ermh." Seakan tidak memperdulikan keberadaan Firdaus di hadapan yang mengharapkan perhatian.

"Ana stress... Geram! Sakit hati!"

Sekilas murabbi melemparkan pandangan ke wajahnya dan meneruskan pembacaan al-Quran yang diganggu.

'Argh... Ustaz...!!! Ana nak bercakap dengan ustaz ni.' Monolog kecil seakan mahu menjerit namun tidak terzahir dengan lisan.

Selesai muroja'ah al-Quran, sang murabbi melihat pelajar di hadapannya.

"Firdaus, enta kenapa ni?"

"Begini ustaz..."

"Kita masuk bilik mudah nak cakap."

Dua sosok bangun dan menuju ke bilik imam, suasana yang jauh dari orang lain dan perbualan yang lebih mendasar ke dalam hati memerlukan keadaan yang sepi dan privacy.

"Macam ni ustaz, ana ada kenal dengan seorang perempuan ni. Dia bukanlah solehah mana pun, dah banyak kali terlanjur. Tapi, ana harap dia boleh berubah. Sebelum ana datang sini pun dia ajak berjumpa, dia bukan budak yang baik. Masa dalam bas, dia pegang tangan ana dan letakkan tangan ana di badannya. Kita yang tak biasa dengan benda pelik-pelik ni rasa pelik juga. Bila ana datang sini, dia bagitahu nak kawan je dengan ana sebab nak habiskan belajar. Ana pun OK la. Beberapa hari, ana talifon dia tapi orang lelaki yang angkat. Rupanya dia couple dengan budak tu. Sakit hati betul. Kita bukan la nak sangat dengan dia tapi dia tipu macam tu, memang geram la. Ana ugut nak beritahu mak dia yang dia pernah terlanjur, dia menangis."

'Hmmm...' Keluhan berat sang murabbi mendengar masalah pelajarnya.

"Tapi, seronok kan? Dosa ni memang sedap buat."

Firdaus tunduk ke lantai. Astaghfirullah hal azhim.

"Kita bukanlah nak sangat perempuan macam ni, tapi geram la juga bila dia buat macam ni."

Firdaus meluahkan bahasa jiwanya yang tersekat beberapa hari.

"Allah tegur enta tu. Allah masih sayang dengan enta, enta belajar agama, hafaz al-Quran... Jauh macammana enta dengan Allah, Allah tarik enta semula. Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang berlaku. Enta pun tahu dia bukan perempuan yang baik, Allah nak bagi yang lebih baik. Insya Allah."

Betapa Allah sentiasa melimpahkan rahmat Nya kepada makhluk ciptaan Nya namun manusia yang dicipta sebagai khalifah Allah seringkali melakukan kerosakan di bumi Allah bahkan manusia selalu mempersoalkan kembali qada' yang Allah tetapkan.

"Kenapa aku kena puasa bulan Ramadhan, bukankah ia satu paksaan. Aku tak nak buat perkara yang aku tak suka!"

Allah, bongkahnya dirimu wahai hamba Allah. Yang menuturkan bukan beragama buddha, hindu, kristian, yahudi mahupun athies tetapi seorang MUSLIM.

"Dalam IC dah tercatat bangsa Melayu dan agama Islam. Go to hell, aku tak suka buat benda yang aku tak nak buat!"

Baiklah. Kalau tidak mahu mengiktiraf agama yang dianuti dari keturunan dan mahu membina mazhab agama baru, dipersilakan... sekiranya kamu mampu memberi oksigen kepada manusia yang menganuti agama baru tersebut, sekiranya kamu boleh memberi rezeki dengan kudratmu kepada dirimu sendiri, sekiranya kamu boleh mencipta dunia lain untuk mendiaminya... Silakan! Betapa bongkaknya manusia.

Meminjam segala-gala yang Allah berikan, meminta nikmat dunia yang diimpi, mengharapkan dunia seindah mimpi tetapi terlupa kepada Pemberi segalanya. Bukankah nyawa dijasadnya hanya dipinjamkan Allah dan boleh ditarik pada bila-bila masa? Bukankah rezekinya telah Allah tetapkan tanpa berkira ketaatan kepada Allah?

"Firdaus, enta muhasabah semula. Jangan nak rasa tersungkur dengan ujian, baru permulaan hidup enta. Usia enta masih muda, belum masuk fasa nak berkahwin lagi. Cinta suka-suka, kalau sekarang enta tersungkur... Macammana enta nak hadapi ujian yang lebih besar? Allah sayang enta, Dia tarik enta. Tak nak enta kekal dalam kemaksiatan."

Matanya tidak mampu menatap wajah sang murabbi. Begitu Allah menyayangi hamba-hamba Nya meskipun melakukan dosa, betapa Allah menurunkan rahmat Nya tanpa mengira ketaatan kita kepada Nya. Andai Allah membuat perhitungan sekiranya manusia begini, baru Aku berikan ini. Andai Allah berkira dengan manusia, apakah degup jantung akan terus beritma?

Dalam kesakitan hati dan kepedihan jiwa ini, Allah mahu memberikan yang lebih baik. Bukan Allah terus mengurniakan pasangan solehah namun Allah membebaskan diri ku dari terus-terusan dalam maksiat. Andai 30 juzuk yang pernah menjadi hafalan tidak mampu untuk membentengi diriku, bagaimana untukku menjadi nakhoda kepada sebuah rumahtangga muslim yang mengharapkan redha Ilahi.

"Enta ada gambar budak tu?"

"Ada..."

"Jangan simpan, bakar saja."

"Ana nak pulangkan semula."

"Tak perlu, selagi enta simpan gambar tersebut selagi itu hati enta akan sakit. Ingatan enta tak akan pudar selagi enta ada gambar ni. Bakar!"

Tegas. Biar ku bakar sekeping gambar ini, membakarnya umpama melupuskan ingatan yang singgah di minda.

Ya Allah, andai Ramadhan ini terakhir buatku berilah peluang untukku bertaubat kepada Mu. Sekiranya salafussoleh merasakan 1 rakaat solat yang Engkau terima melebihi dunia dan seisinya maka hanyalah dengan rahmat Mu dengan kedatangan Ramadhan ini, aku meminta cinta Mu. Kirimkanlah rindu ini hanya untuk Mu dan palingkanlah hatiku dari fitnah wanita. Kekalkanlah rasa kehambaanku!


Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah ku selami
Namun geloranya tetap sama

Oh Tuhan dimanakah cinta Mu
Oh Tuhan dimanakah rindu Mu
Dan ke manakah redha Mu
Ke manakah restu Mu

Dilema cinta ini merunsingkan hatiku
Ku mengharapkan cinta Mu Ilahi
Dilema cinta ini merunsingkan hatiku
Harapku dapat langkah dari Mu



Tatkala Dia mendatangkan ujian, pandanglah dengan pandangan iman.
Di saat Dia mengirimkan musibah, hadapilah dengan hati yang tabah.
Di kala Dia mengutuskan sesuatu, belajarlah untuk berjiwa hamba.

Insyirah Soleha
11 Ramadhan 1431 H
Teratak 1052

KENAPA KITA DIUJI???

Assalamualikum..Jom muhasabah diri....



"..Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Al-Baqarah:214)

"..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut:2-3)

"..Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu." (Muhammad:31)

"..Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (At-Taghaabun:11)

"..Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Taha:131)

"..Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat). (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

"..Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya)." (Al-Fajr:14-17)

"..Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)." (Az-Zumar:49)

Kenapa Doa Tidak DiMakbulkan? "..Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)

Kenapa UjianNya Berat? - "..Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah:286)

Bagaimana Menghadapi Ujian Allah s.w.t.?

"..Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (Al- Baqarah:153)

"..Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah:45)

"..Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al- Baqarah:155)

"..Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran:200)

"..(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan." (Al-Nahl:96)

Kepada Siapa Yang Boleh DiHarapkan?

"..Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya." (Al-Kahf:17)

"..Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar". (At-Taubah:129)

Jangan Putus Asa! - "..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.

Thursday, November 4, 2010

ILMU DUNIA @ ILMU AKHIRAT??


Ilmu dalam Al Qur’an, Hadits dan Para Ulama
Ilmu merupakan sebuah hal yang sangat berharga bagi setiap orang. Demikian juga halnya dalam agama yang mulia ini ilmu memiliki kedudukan yang amat tinggi, dalam Al Qur’an Allah Subhanahu wa Ta’ala,
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
“Allah Subhanahu wa Ta’ala akan meninggikan derajat orang-orang yang beriman dan berilmu beberapa derajat”.
(QS : Al Mujadalah [58] :11).
Demikian juga dalam hadits Nabi shallallahu ‘alaihi was sallam,
إِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Sesungguhnya Para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirhammelainkan mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa yang mengambilnya maka ia telah mengambil bagian yang besar”[1].
Demikian juga sabda beliau shallallahu ‘alaihi was sallam,
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّينِ
“Barangsiapa yang Allah inginkan padanya seluruh[2] kebaikan maka Allah akan jadikan ia faham terhadap urusan agamanya[3].
Demikian juga di mata para ulama, ilmu memiliki kedudukan yang istimewa diantaranya adalah bagi syaikhnya para ahli hadits, Imam Bukhoriy rohimahullah, hal ini terbukti karena beliau rohimahullah membuat satu kitab dalam kitab shohihnya yang berjudul Kitabul ‘Ilmi yang beliau letakkan setelah Kitabul Iman[4]. Demikian juga ulama yang lainnya. Akan tetapi apakah kita telah tahu apakah ilmu yang Allah ‘Azza wa Jalla dan NabiNya shollallahu ‘alaihi was sallamkatakan ??!! Oleh karena itu marilah kita pelajari barang sejenak. Karena terkadang orang sering salah paham menggunakan dalil-dalil berupa Al Qur’an dan Sunnah dalam masalah keutamaan ilmu.
Pengertian Ilmu dalam Dalil-Dalil Al Qur’an dan Sunnah
Kebanyakan orang terutama mereka yang hidup di lingkungan akademik perkuliahan ilmu umum memiliki anggapan bahwa ilmu yang Allah Subhanahu wa Ta’ala puji pemiliknya dengan Allah ‘azza wa jalla naikkan derajat mereka beberapa derajat termasuk di dalamnya adalah ilmu-ilmu umum. Padahal tidakah demikian, ilmu yang Allah Subhanahu wa Ta’ala maksudkan adalah ilmu agama, ilmu syar’i. Hal ini berdalilkan kejadian yang terjadi di masa Nabi shallallahu ‘alaihi was sallam,
مَرَّ بِقَوْمٍ يُلَقِّحُونَ فَقَالَ « لَوْ لَمْ تَفْعَلُوا لَصَلُحَ ». قَالَ فَخَرَجَ شِيصًا فَمَرَّ بِهِمْ فَقَالَ « مَا لِنَخْلِكُمْ ». قَالُوا قُلْتَ كَذَا وَكَذَا قَالَ « أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ ».
Nabi Shallallahu ‘alaihi was sallam melalui beberapa orang yang sedang melakukan penyerbukan kurma, beliau shallallahu ‘alaihi was sallam mengatakan, “Kalaulah kalian tidak melakukan hal yang demikian maka hasilnya akan baik”. (Para sahabat mengikuti perkataan beliau) kemudian hasil kurmnya jelek. Nabi shallallahu ‘alaihi was sallam melalui mereka lagi dan berktanya, “Mana kurma kalian?” mereka mengatakan, “Engkau katakan demikian dan demikian (agar tidak menyerbukan kurma)”[5]. Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi was sallam mengatakan, “Kalian lebih paham berilmu tentang urusan dunia kalian[6].
Ahli Fiqih Zaman ini, Syaikh Muhammad bin Sholeh Al ‘Utsaiminrohimahullah mengatakan barkaitan dengan hadits di atas, “Seandainya ilmu semisal ilmu di atas yang Allah ‘azza wa jalla memuji orangnya maka sudah pastilah Allah jadikan beliau sebagai orang yang paling tahu tentang ilmu tersebut karena orang yang paling banyak Allah puji ilmu dan amalnya adalah Nabi shallallahu ‘alaihi was sallam”[7]. Akan tetapi kita lihat bersama dalam hadits di atas tegas menunjukkan bahwa beliau bukanlah orang yang mengetahui ilmu masalah penyerbukan kurma di atas (baca : ilmu dunia) sehingga jelaslah ilmu yang Allah janjikan akan ditinggikan derajat pemiliknya adalah ilmu syar’i/ilmu agama islam dan bukan sama sekali ilmu dunia.
Kedudukan Ilmu Dunia
Ilmu dunia adalah suatu yang nyata adanya di hidup dan kehidupan kita, hal ini merupakan suatu hal yang diperlukan untuk menjalani hidup karena manusia membutuhkan dunia dan mereka hidup di dunia. Oleh karena itulah ilmu dunia merupakan suatu hal yang tidak kita ingkari, terlebih lagi karena islam adalah agama yang nyata dan tidak mengingkari adanya realita. Namun sekali lagi kami katakan bahwa kami tidaklah meniadakan manfaat/faidah dari ilmu dunia sama sekali namun faidah/manfaat yang ada pada ilmu dunia adalah faidah/manfaat yang bersifat terbatasBatasan tersebut adalah jika ilmu tersebut digunakan untuk menolong agama Allah dan membantu hamba-hambaNya untuk melaksanakan keta’atan kepada Allah maka ilmu tersebut adalah ilmu yang memberikan kemanfaatan dan kemaslahatan. Bahkan terkadang dalam waktu tertentu hukum menuntutnya bisa menjadi wajib jika hal itu masuk dalam apa yang Allah firmankan,
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآَخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ
“Siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu (yaitu orang-orang kafir Mekah[8])dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya (semisal orang munafik, yahudi[9]) sedang Allah mengetahuinya”.
(QS : Al Anfal [8] :60).[10]
Syaikh Abdur Rohman bin Nashir As Sa’diy rohimahullahmengatakan, ”Yang dimaksud dengan (مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ) adalah semua hal yang kalian mampu bail itu berupa kekuatan yang bersifat akal pikiran (non fisik pent.), fisik serta persenjataan dan lain sebagainya berupa hal-hal yang dapat membantu untuk memerangi mereka. Maka termasuk dalam hal tersebut bidang perindustrian peralatan perang berupa artileri, senapan mesin, peluru, pesawat, armada darat dan laut, benteng pertahanan, pesawat perang. Demikian juga strategi yang membuat kaum muslimin terdepan dan mampu mencegah keburukan yang diberikan lawan-lawan mereka, mempelajari cara-cara menembak, meningkatkan keberanian dan semangat dan perencanaan”[11]. Dengan demikian bukanlah seluruh ilmu non agama termasuk dalam ayat ini melainkan ilmu-ilmu atau penemuan berupa teknologi yang membuat musuh-musuh islam takut, Allahu A’lam.
Adapun ilmu yang selain ilmu agama dan ilmu non agama dalam keadaan demikian maka hukumnya tergantung tujuannya, apabila tujuannya/niatnya untuk kebaikan maka baik akan tetapi jika tujuannya keburukan maka buruk. Demikian juga jika tujuannya semata-mata tujuan rendahan semisal untuk meraih dunia semata maka rendah juga, karena ia merupakan perkara yang hukum asalnya mubah.
Kesimpulan
Ilmu yang Allah ‘azza wa jalla puji dalam Al Qur’an dan melalui lisan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi was sallam mutlak kabaikan bagi pelakunya adalah ilmu agama. Allahu a’lam bish showab.