Monday, May 30, 2011
AKU ADALAH AKU
Aku adalah aku
yang tidak bisa bermadah pujangga
yang tidak pandai bermekap
tidak juga pandai berlipstik
tidak pandai berkasut tumit
tidak suka bergaya
tapi aku punyai didikan agama
yang menjadikan aku adalah aku
Aku adalah aku
yang hanya tersenyum apabila terluka
yang akan menangis seorang diri
menjadi tabah di hadapan orang lain
walaupun kadang-kadang aku terluka
tapi ketahuilah aku ingin orang sekelilingku bahagia
dan gembira apabila bersamaku
tapi mengertilah akan diriku
kerana aku punya sekeping hati seperti orang lain
yang punyai perasaan
Aku adalah aku
yang selalu menjadi pendengar setia
ketika sahabat-sahabatku punyai masalah
yang berusaha membantu orang lain
biarpun diri sendiri punyai masalah
biarpun tidak ada yang mengambil berat tentang diriku
tapi biarlah aku yang sentiasa yang mengalah
demi harga sebuah kasih sayang dan persaudaraan
Aku adalah aku
masa dan pengalaman telah mendewasakan aku
tapi aku tetap aku
kenalilah aku seadanya
terimalah setiap kekurangan dan kelebihan diriku
kerana sesungguhnya setiap manusia itu tidak sempurna
Aku bersyukur kepadamu Ya Allah
yang menjadikan aku sebaik-baik kejadian
berkatilah aku untuk terus berjihad di jalanmu Ya Allah
dalam menjadi anak yang soleh kepada ibu bapaku
menjadi seorang wanita yang taat kepada Allah, Rasul, Agama,
berikanlah aku sekeping hati yang sentiasa redha dan sabar
dengan segala ujianmu Ya Allah
dan peliharalah diriku daripada alpa n kekufuran
daripadaMu aku datang dan kepadaMu aku kembali....
11.30 p.m (Isnin-30052011)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat menempuh alam baru ye..baru sikit je,xbyk g..hihi..tahniah ^^,
ReplyDelete