Photobucket

Monday, December 20, 2010

KHATAMUN NUBUWWAH..(tanda kenabian Nabi Muhammad s.a.w)


Apakah Khatamun Nubuwwah?

Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya: “Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;



1. Pada waktu 
Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.


2. Pada waktu 
Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.


3. Ketika berjalan
 atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.


4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka
 dimatikan dalam iman."



Harus kita jelas, apa yang dimaksudkan dengan 
melihat? Adakah cukup sekadar dengan mencetak dan menampalnya ke dinding? Atau di jadikan ‘screen saver/wallpaper’ PC? Yang dimaksudkan melihat, ialah melihat ke dalam diri semasa mengamalkannya.







Bagaimana?


Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W.


Para ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi. Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi S.A.W ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:


"Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."


Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:  


"Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dantidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya
."


Amalan Khatamun Nubuwwah


Antara faedah yang ada dari pengamalan Khatamun Nubuwwah ini adalah sebagai pagar diri selain 1001 faedah yang lain. Cara beramal adalah diwaktu pagi dan petang serta semasa keluar rumah.
Caranya adalah:

(1) Makrifatkan kalimah dibawah di atas 
kening kita



اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَـرِيْكَ لَهُ
Allah jualah tuhan yang tunggak tiada bersekutu baginya


(2) Makrifatkan kalimah di bawah di atas 
dada kita



محمدٌ عَبْدُهُ وَرَسُـوْلُ
Muhammad itu hambanya dan utusannya


(3) Makrifatkan kalimah dibawah
 di atas bahu kanan



تَوَجَّهُ حَيْثُ شِـئْت
berhadaplah engkau ke mana-mana sahaja yang engkau kehendaki


(4) Makrifatkan kalimah dibawah 
di atas bahu kiri  




فَإِنَّكَ مَنْصُـوْرُ
maka sesungguhnya engkaulah yang mendapat pertolongan (kemenangan)


Dalam 
perubatan islam , ayat ini dibaca lalu ditiup pada tapak tangan lalu ditunjukkan kepada pesakit, ini adalah salah satu kaedah pancaran tapak tangan yang sering digunakan.(Rujuk pengamal perubatan islam untuk lebih lanjut)





PERINGATAN!!!


http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=11888.html




1- Ayat khatamu n-Nubuwwah, yang dijadikan sebagai gambarajah, atau bentuk-bentuk seperti tangkal, maka ia adalah haram digunakan, atau digantung, atau disimpan.

2- Sifat bentuk gambarajah itu sendiri tidak pernah diceritakan sebegitu dalam hadis-hadis Nabi yang sahih.

3- Menganggapnya sebagai mempunyai kelebihan tertentu, atau fadhilat tertentu, atau faedah tertentu, maka ia adalah satu bentuk kesyirikan. Hanya Allah yang mendatangkan manfa`at, dan hanya Allah yang menolak mudharat daripada seorang insan.

4- Menjual, membeli atau menyebarkan/ menggalakkan penggantungan/ penyimpanan hal ini, bermakna telah meletak saham dalam kemunkaran dan kebatilan.

WaLlahu a`lam.


1 comment:

  1. salam..boleh bg sumber hadith yg disebut diatas dan tarafnya.syukran :)

    ReplyDelete