Sunday, January 2, 2011

2. KNAPA DUNIA ISLAM MNJADI SSARAN PMUSNAH

Drpd Ummul Mu'minin, Zainab bt Jahsy (isteri Rasulullah s.a.w), beliau berkata: "(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yg sudah hamper menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung ibu jari yg sebelahnya (jari telunjuk) yg dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab bt Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yg soleh?. Lalu Nabi s.a.w bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

Riwayat  Bukhari & Muslim

No comments:

Post a Comment