Sunday, January 2, 2011

3. SLURUH DUNIA DTNG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Drpd Tsauban r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yg hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'". Seorang sahabat bertanya: "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Riwayat Abu Daud

No comments:

Post a Comment