Photobucket

Sunday, April 24, 2011

BERGURAU???


Bergurau itu menceriakan suasana..

Tetapi di dalam bergurau ISLAM menetapkan adab sopan yang perlu di jaga setiap tutur kata dan gerak laku agar diri tidak melampaui batas apatah lagi jika bergurau sehingga menipu atau mereka cerita hingga membuat orang lain ketawa.

Dan kadang kala bergurau menjadi suatu yang buruk dan di pandang rendah kerana tutur kata yang menyentuh hal-hal sensitif atau memalukan orang lain.

Orang kata, ' kalau tidak mahu di cubit, jadi jangan mencubit'...nanti terasa sakit...

Kadang kala kita rasa perkara itu biasa sahaja, tetapi bukan semua orang mempunyai perasaan dan fikiran yang sama dengan kita

Jika kita biasa dengan gurauan lucah, maka bukan semua orang suka bergurau lucah seperti kita, 

Begitu juga usahlah bergurau hal-hal sensitif yang diri sendiri juga tidak suka jika orang lain menyentuh hal itu terhadap kita contohnya kekurangan fizikal, kepandaian, kekayaan atau apa sahaja.

Jadi, jaga lah tutur kata anda..Orang menilai kita dari banyak segi dan persepsi..

Kadang kala tanpa kita sedari, gurauan itu sebenarnya sudah menjadi satu HINAAN terhadap apa yang di guraukan. 
Sebagai seorang Muslim, ISLAM tidak pernah mengajar kita bergurau tanpa berfikir terlebih dahulu apa yang mahu di tuturkan. Malah kita bertanggungjawab menjaga kemuliaan agama kita dengan tutur kata. Adalah amat memalukan diri dan agama andai perkara ini pun tidak dapat di bezakan.....maka apakah beza kita dengan orang yang tidak belajar adab sopan dan bersikap kurang ajar?

Hari ini mungkin hari dia, siapa tahu esok hari kita...Jangan memalukan orang jika tidak mahu diri di malukan orang kelak..

Sekadar berkongsi pandangan buat semua. Sekian, Assalamualaikum wbt..

1 comment: