Photobucket

Friday, November 18, 2011

KINI, dosa dianggap biasa

kini,
terlalu ramai orang yang buat dosa tetapi dianggap biasa

'weyh kau tengok couple tu, sweetnya...'
'cantik tak aku pakai heels ni?nampak seksi tak?'
'aku nanti nak keluar dengan mamat tu la, boring la, nak pergi tengok wayang'
'seronoknya cerita korea ni, cinta sejati betulla mereka ni'
'bestnya lagu gwen steffani ni, lagu justin bieber ni pun best'

melihat aurat walau sesama perempuan dianggap biasa
melihat adegan romantik di kaca tv tiada rasa malu dan bersalah malah menikmatinya
berguran senda dengan yang berlainan jantina seoalah DIA tiada adalah perkara biasa
tidak menutup aurat dengan sempurna tiada apa yang salah
terpesona,lalai dan leka, terlalu mengagungkan artis dianggap hebat dan bijaksana
mendengar lagu cinta, yang membuat diri terleka dan terbayang adalah biasa dan membuat diri di awang-awangan merasa bahagia
bercinta dengan pasangan yang bukan halal dianggap cinta sejati dan bahagia

kini dosa dianggap biasa
malah keluar istilah
'semua orang buat, tak ada yang salah pun'
tidak pelik di mata manusia tetapi pelik di mata makhluk lain ciptaanNya.

tidak terbit rasa bersalah dan malu kepada Pencipta.
tidak terbit rasa menyesal dan serba tak kena pabila tidak melaksana perintahNya

kini manusia lebih mengagungkan laranganNya
bangga pabila telah melaksanakannya
kehilangan dara tidak salah
membuka aurat tidak salah
pergaulan bebas tidak salah
semuanya biasa.

nanti di sana jangan terkejut dengan murkaNya yang luar biasa.
tiada lagi peluang kedua
yang tinggal hanya neraka.
seakan kini manusia telah mempersiapkan diri untuk menempah nerakaNya

kerana apa?

DOSA SUDAH MENJADI BIASA.

muhasabah diri wahai hamba Ilahi 
dirimu bukan hamba kepada nafsu diri
dirimu adalah hamba kepada Penciptamu di muka bumi

mengapa dengan mudah dirimu bertuhankan nafsu dan syaitan?
tidakkah dirimu merasa malu membiarkan mereka mentadbir dan merosakkanmu?
seakan rela menjadi tunggangan dan pak turut kepada tuhanmu yang baru.

lupakah akan asal usulmu dari setitis air mani kepada dirimu kini?

peringatan buat diri yang sering alpa dan terleka
kadangkala terlupa hakikat diri ini sebagai hambaNya~
MUHASABAH DIRI~~~


No comments:

Post a Comment