Thursday, November 24, 2011

muhasabah bersama~~~

Mula2 ustaz-ustazah,
Kemudian awak-saya,
Kemuncaknya abang-ayang / nama sendiri)

Ia bukan sekadar panggilan di bibir mungil,
tapi akan turun ke hati jadi cair macam jus k0ktil,
kemudian turun lagi bawah memanggil manggil.

Sekarang zaman sudah moden. Iblis juga sudah m0den. Syaitan sudah tak guna perangkap keluar dating atau pegang tangan,
Tapi guna perangkap FB dan balas mesej / calling2 dengan handset yang skrin luar tulisan Allah tapi dalam 'masyaAllah'.

Mungkin alasannya "saya kejut dia subuh saja". Atau
"saya selalu bagi nasihat agama pada tunang saya".

Alasannya, mesej Islamic,
FB Islamic,
Handset Islamic,
Skype Islamic,
Alasan lagi, "sebelum mesej saya siap bagi salam dengan lafaz penuh, ASSALAMUALAIKUM lagi".
Heheh, apa nak hairan, syaitan pernah direct bicara dengan Tuhan. Jadi jangan bangga dan rasa selamat dengan topeng islamik tapi penuh polemik.

waktu cakap, sebut ukhuwwah islamiah, waktu mesej tulis 'muah muah'.
waktu cakap , "apa yang b0leh ana bantu?", waktu mesej, I l0ve u.

jangan ingat iman dah p0wer,
sebab iblis lagi seni0r.

Iblis tak pilih bulu nak menangguk,
0rang awam tunduk,
Ustaz ustazah pun kemaruk.

JADI, HATI-HATI DENGAN PERTUNANGAN, HATI-HATI DENGAN CINTA SEBELUM KAHWIN.

p/s : jatuh hati takpe sbb fitrah, tp kena pandai kawal HATI agar jgn NAFSU yg kawal hati, tp IMAN yg kawal hati.




No comments:

Post a Comment