Photobucket

Friday, June 10, 2011

TEGURAN SEBAGAI NASIHAT



Anis, kenapa kau pakai tudung labuh. Kau sepatutnya ambil kos kat fakulti pengajian Islam (FPI), bukannya ambil kos di fakulti sains sosial dan kemanusian (FSSK). Anis tersentak. Aik, salah ke kalau dia berpakaian seperti muslimah walaupun bukan FPI?? Adakah semua orang memandangnya dengan satu kepelikan. Bagi Anis, biarlah di mana pun kita berada, apa yang kita lakukan, kita mestilah menjadi diri sendiri dan menutup aurat seperti yang di tuntut Islam.
*********************************************************

Anis, kenapa kau pakai sarung kaki? Orang lain ada yang tak pakai pun. Baiknya pakai sarung kaki. Astagfirullahhal’azim. Adakah sahabat-sahabatnya tidak mengambil  tahu akan cara menutup aurat? Dengan senyuman Anis memberitahu bahawa semua perempuan yang beragama Islam perlulah menutup aurat semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Sahabatnya berkata, habis tu, kami semua nak kena pakai sarung kaki ke?? Kalau tak pakai tak apakan? Anis menjelaskan bahawa hukum memakai sarung kaki adalah wajib. Sahabatnya menjawab, tengoklah kalau rajin aku pakai la. Anis tersentak. Dia berdoa semoga sahabatnya diberi petunjuk agar menjadi muslimah yang menutup aurat bukannya memakai pakaian ketat.
*********************************************************

Anis, kau memang tak mekap ke?? Cuba kau mekap cikit dan pakai lipstick. Muka kau dah comel, tapi kalau mekap lagi comel. Anis beristighfar panjang. Perlukah bermekap tebal dan berlipstik berwarna-warni hanya untuk mendapat pujian?? Dan hanya untuk menarik perhatian lelaki semata-mata. Apa gunanya kalau bermekap tebal-tebal sehingga solat pun di tinggalkan. Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah yang mencipta wajah kita. Mekaplah muka kita dengan sentiasa mengambil wuduk, lipstiklah mulut kita dengan zikrullah.
*********************************************************

Anis, kenapa kau tak couple?? Orang lain walaupun pakai tudung labuh tapi ada juga pakwe. Kenapa kau tak cari je pakwe yang alim-alim. Sesuai la dengan kau. Bagi Anis prinsipnya  tidak akan couple. Dalam Islam pun tiada yang dinamakan couple Islamik. Konsep yang dianjurkan oleh Islam ialah mengenal hati budi seseorang yang ingin dijadikan suami atau isteri melalui orang tengah. Atau risiklah seseorang itu sekadarnya, dan jadikan tempoh pertunangan itu untuk mengenali hati budi pasangan. Tetapi pertunangan bukanlah lesen untuk menghalalkan sesuatu yang haram. Bagi Anis biarlah suatu hari nanti jika ada seseorang yang ingin melamarnya, biarlah berjumpa dengan kedua  ibu bapanya. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan ibu bapa. Bercintalah sampai syurga apabila anda sudah sah bergelar suami isteri.
*********************************************************

Anis, kau tak panas ke pakai baju tebal dan labuh. Kami ni panas sampai nak buka baju. Sekali lagi Anis beristighfar panjang. Dia tetap senyum dan berkata dah biasa memakai begini dan rasa selesa dan tak panas. Biarlah kita memakai pakaian yang tebal dan merasai panas dunia daripada berpakaian nipis dan seksi tapi merasai panas api neraka di akhirat nanti. Memang mudah untuk memberi nasihat kepada orang lain, tetapi bukan mudah untuk mereka berubah dengan nasihat yang diberikan.
*********************************************************

Anis, kau pun ada facebook ke?? Ingatkan orang macam kau tak ada facebook. Aik, salah ke ada facebook?? Sebenarnya ada facebook tak salah tapi yang salah ialah cara penggunaannya. Kenapa kita tak jadikan faccebook sebagai medan dakwah. Bukannya menjadikan facebook sebagai tempat untuk bergaduh, mencela, mempamerkan gambar yang over, menjatuhkan orang lain dan sebagainya yang negatif. Gunakanlah facebook ke arah positif. Berbetulkan niat kita untuk berdakwah dan berjihad di jalan Allah.
*********************************************************

1 comment:

  1. Hati- Raja dalam kerajaan diri... terpelihara hati maka terpelihara rohani n seluruh diri kita.insyaAllah niway Allah sebaik2 perancang. Smoga trus istiqamah dgn sifat baik yg Allah kurniakan dan truskan brusaha mningkatkannya
    Y(^^)Y

    ReplyDelete